Followers

My Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, April 29, 2010

Kekuatan Minda

Minda kita sangat kuasanya. Ia menurut apa saja yang Anda masukkan ke dalamnya melalui fikiran Anda. Dalam usaha memburu kejayaan dalam pelajaran, kerjaya dan perniagaan, ilmu teknikal masih tak mencukupi.

Tetapi, ia perlu di sertakan dengan ilmu kejayaan. Maksud saya, di samping Anda mendalami bidang Anda sekarang, Anda mesti tahu cara memanfaatkan minda dan cara bagaimana membangunkan kuasa terpendam di dalam diri Anda.

Seperti kereta F1 yang power, sebuah motor Ducati yang perkasa dan seperti sebuah jet pejuang F22 yang meluncur laju di udara, ketiga-tiga ‘benda’ yang hebat ni perlu dipandu, dikawal dan di selenggara agar ia dapat mencapai jarak yang lebih jauh, lebih laju, lebih hebat, lebih berjaya, lebih cemerlang.

Minda kita begitu juga. Ia juga satu ‘benda’ kurniaan Yang Maha Esa.

Kuasanya sangat power, bahkan lebih power dari apa yang Anda boleh imaginasikan. Saya bukan doktor saikologi mahupun seorang professor minda, tapi saya berkata dari pengalaman sendiri setelah banyak membaca tentang kehebatan minda.

Di kala Anda berduka, mesti Anda perasan lebih banyak situasi yang membuat Anda lebih berduka muncul, lalu kedukaan semakin bertambah-tambah jadinya.

Tetapi, di kala Anda gembira, teruja, hepi, lebih banyak orang-orang yang menghepikan muncul di depan Anda, banyak situasi-situasi menghepikan Anda muncul tiba-tiba dan benda yang Anda idamkan dapat Anda perolehi tanpa disangka-sangka. Tak ke hepi kalau gitu, betul tak?

Anda memandu minda Anda tanpa Anda ketahui bagaimana caranya. Yang Anda tahu, Anda hanya berfikir, mengimaginasi dan timbul emosi tertekan, gudar, susah hati, kekadang gembira.

Minda mengikut apa yang Anda fikirkan. Minda saya mengikut apa yang saya fikirkan. Minda Anda begitu juga..

Apa yang Anda fikirkan muncul dari semua apa yang Anda baca, lihat, dengar, nampak, teliti, kaji dan yang Anda analisa. Untuk mengawal minda, Anda perlu berlatih mengawal fikiran.

Untuk mengawal apa yang ada di fikiran dan apa jua yang ada di kepala, Anda perlu bijak mengawal emosi. Emosi boleh dikawal bila Anda tahu potensi diri, Anda tenang setiap masa dan be in control.

Masalah kebanyakan orang adalah, mereka susah nak bertenang dan tak mahu melatih diri supaya bersabar. Mereka lebih suka menjadi agresif, pemarah dan berada dalam keadaan tertekan, dengan harapan supaya orang lain prihatin terhadap mereka atau takut ngan mereka.

Walhal, cara itu menarik masalah ke dalam hidup mereka sendiri. Bila fikiran sudah tertekan, lebih banyak masalah akan muncul tiba-tiba lalu membuat Anda menjadi berkali-kali ganda tertekan.

Mulai hari ini, muhasabah diri, belajar kawal emosi dan kawal rasa marah.

Orang-orang yang cemerlang, sabar mereka seluas lautan dan usaha mereka setinggi gunung di daratan, susah nak ditandingi kehebatannya. Kenali potensi minda dan gunakannya sebaik mungkin supaya Anda boleh berjaya dalam pelajaran, kerjaya dan perniagaan.

Sehingga ke hari ini saya juga masih belajar potensi minda dan masih tak berhenti mengkaji kehebatan minda. Saya mahu gunakannya supaya saya menjadi kuat, sekuat yang mungkin supaya saya dapat membina kehidupan cemerlang, secemerlang yang mungkin.

Means, strong in BODY, MIND, SOUL. I want to LiveStrong!

No comments: