Jika Anda perhatikan sebuah desktop pc ataupun laptop, sama saja jenis hardware di dalamnya.
Mesti ada motherboard, plug keyboard, cooling fan, usb hub, plug ke speaker dan plug untuk monitor. Kesemua desktop pc mempunyai pemasangan hardware dan cable wiring yang sama.
Apa yang membezakan satu desktop pc dengan desktop pc lain adalah dari jenis processor dan software yang digunakan. Lebih canggih jenis processor dipasang, maka lebih power, lebih laju komputer tersebut.
Begitu juga minda Anda. Sejak Anda lahir, jumlah neouron dan lokasi neouron sama saja dengan neuron yang ada di dalam minda orang lain.
Apa yang membezakan adalah bagaimana Anda berfikir, idea-idea yang Anda keluarkan dan kekuatan tenaga mental Anda.
Cara kita berfikir boleh diumpamakan sebagai software (perisian). Kekuatan mental lebih kurang sama dengan kapasiti sebuah prosessor contohnya Intel Pentium, Dual Core ataupun AMD Athlon.
Untuk menjadikan sebuah desktop pc lebih power, Anda kena masukkan software canggih disokong oleh pemasangan hardware berkapasiti tinggi seperti dinyatakan di atas.
Untuk membentuk minda jadi power, Anda kena masukkan fikiran-fikiran positif disertakan dengan ilmu-ilmu positif, yang baik-baik.
Jika Anda masukkan fikiran-fikiran negatif disertakan dengan ilmu-ilmu negatif, yang buruk, ia ibarat virus yang akan merosakkan, menjemkan komputer Anda. Sudah tentu Anda tak nak ini berlaku.
Anda boleh membina kekuatan mental dengan membanyakkan aktiviti berkaitan minda seperti membaca, menganalisa dan mengkaji. Nak jadi lebih power lagi, gabungkan dengan emosi yang sentiasa berada dalam tahap gembira.
Barulah minda tak berserabut dengan stress atau tekanan. Jika ada stress, ia seperti habuk yang menyerabuti cpu komputer desktop Anda. Kesannya, komputer Anda jadi slow dan sangkut-sangkut, kekadang tak leh on sebab RAM diselaputi habuk tebal.
Mulai sekarang, bina kekuatan mental supaya minda Anda menjadi lebih cemerlang. Kesannya Anda boleh mencapai apa saja kejayaan dalam apa jua yang Anda lakukan.
2 comments:
otak pun hardware kaaa??
haah....tambah lg sopi...kne buh software yg bagus2 je...kalo tak nnti pikir yg bukan2....wahahahah
Post a Comment