Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri.
13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya seorang diri.
Kepulangannya ke pangkuan keluarga telah membuka tirai luka dalam hidupnya.
Tengku Natasya yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap Tea Lady di syarikat milik keluarga mereka.
Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.
Tengku Ryan Ameer, jejeka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu membenci gadis ini, mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus.
Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebencian terhadap dirinya.
Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya?
Begitu utuhkah api kebencian Tengku Ryan Ameer pada dirinya?
**haha....novel nih la selalu buat aku menangis....agak sdeyh citernye.....nk tau citer sebenar, cari la buku nih dan baca lah kalo berkelapangan....huhuhu....
memang menyentuh kalbu...... BEST!!!
No comments:
Post a Comment