Followers

My Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 31, 2010

(today)

aduhhh!!!!busy tol kali nih....maklum la dah ada tugas tambahan yang kene wat......after lunch hour td g klinik plak amik ubat....aku nih allergic air kotor....cepat je nek.....gatai dah tangan n kaki aku nih....lalalala.....pas balik klinik je trus kne wat maklumbalas yang Puan Nik suh.....dah la menunggu lama kat klinik td....hampeh jek.....jumpe doktor jap je pon......

baru je td pusat tuisyen ckgu Mariyam call aku tanye nk ngajar private tak???ape lagi aku on je la...kihkihkih....tambah duit simpanan ckit.....banyak tol duit nk guna....lagi dah keje lagi banyak tanggungan plak....adeyhhh!!!!

Tuesday, March 30, 2010

hepi mode....lalala

semalam mmber aku cek kat spa,so aku dpt la tuk g test pegawai punye....hehehe....syok gak...tapi takut pon ade nih....yela,kalo leh aku nk wat bagi dpt gak jawatan tetap kat gomen nih.....kihkihkih....mulai sekarang aku kne serius dlm keje aku nih......

tadi aku p mintak pengesahan transkrip n skrol degree kat pengarah aku.....boleh plak die petik suh aku ganti tempat kak mas tu as penolong pengarah pengurusan......die offer aku dok dlm blik lg tu....kihkihkih....cos tak de org nk amik post penolong pengarah pengurusan nih....sbb rumit sgt n akan stress je sllu....yela sume bende kan tertumpu kat pengurusan je....aku pikir ni la peluang aku nk tambahkan lagi pengalaman aku dlm bidang pengurusan awam punye....aku tak kisah la mcm mana pon.....aku nk try gak....aku terime je td....aku ckp leh tambah pengalaman....sbb kak mas tu dah dpt jawatan PTD tetap plak tu....bestnye kak mas tu....huuhuhu....kak mas pon bagi sokongan kat aku....ramai yg kata aku leh punye wat.....rse bangga pon ada gak td....tp aku tak nk la over sgt....kang tak dpt plakkan????huhhhuh........apa2 pon hari ni hari yg terbaik lah.........lalalalalaal

"i like tuesday"

Monday, March 29, 2010

berfikir--->>

hehehe......berfikir.....satu perkara yang aku selalu suke wat....aku suke perhatikan cara org, penampilan org dan sebagainye.......berfikir jauh ke hadapan pon aku suke gak....kadang-kadang perilaku kite menunjukkan diri kite yg sebenar....tak pe....SAKIT HATI.....pon selalu jugak aku rasa.....dari dulu sampai la sekarang.....SAKIT HATI tu memng takkan lari dari hidup aku......sekarang ni aku dah penat tuk SAKIT HATI lg.....plezzzzzz.......jauhkan lah SAKIT HATI tu dariku.......YaAllah......aku bermohon padamu supaya mempermudahkan perjalanan hidup ku ini.....Aminnnnn

Friday, March 26, 2010

letih dan penat + tak de suare.....

aduhhh......letih tol....baru pas abis latihan koir.....nk kne wat persembahan tuk Hari bersama Dato KP(ketua pengarah)....kne nyanyi lagu wajib merangkap lagu NEGARAKU,MAJU SEJAHTERA dan MALAYSIA 1....and tambahan lagu sampingan Untukmu MALAYSIA dan NYALAKAN TEKAD.....sepatutnye ada 1 lg lagu tapi terpakse di tangguhkan tuk hari bersama KP next month plak....kihkihkih.....yg kelaka nye aku plak yg dipilih olh pengarah bhgn aku tuk jd ketua kumpulan koir nih...huhuhuh...asal la die tak pilih org len je....adeyhhhh.....

emmmm....mlm ni aku akan berangkat pulang ke kg halaman wif my best fren kt opis nih...QUYYUM.....hehehe.....die ada exam as PENOLONG PENDAFTAR kat UiTM kat sri iskandar tu....kebetulan dekat je ngn umah aku....so die pon mntk la tumpang tido umah aku....kihkihkih....seb la umah aku dekat ngn c2......bestnye die dah dpt panggilan tuk test....aku bru sekali je dpt panggil test....tu pon kat seberang perai Penang....as PEGAWAI TADBIR....mcm tak dpt je test tu...huhuhu....senyap je.....aku tunggu gak panggilan interview die plak.....huuuuu

okeh la kawan2....nnti hr isnin aku crte lg ek???okeh......bye.....selamat bercuti(weekend).......

Thursday, March 25, 2010

Sesetengah nikmat itu hanya datang sekali, tetapi bersyukur kena selalu

Ada sepasang suami isteri yang hidup bahagia. Tidak ada
kurangnya bagi pasangan yang dilimpahi dengan kemewahan ini kecuali satu,
mereka tidak punya anak walaupun telah lama berumah tangga. Sering mereka
bercerita tentang betapa indahnya hidup sekiranya punya seorang anak
penyejuk mata. Rasa ini bergolak hebat apabila melihat kepada jiran
sekeliling yang sentiasa riuh rendah dengan bunyi hilai ketawa anak-anak,
kadang-kadang tangisan nyaring.

Apa yang menarik tentang pasangan Mr. & Mrs. Perfect ini:

Susun atur dalaman rumah mereka yang rapi, kekemasan sentiasa
pada tahap maksimum dan semua benda mesti berjalan seperti yang dirancang
dan dijadualkan. Rutin hidup mereka semuanya berjalan seperti dalam
catatan diari dalam kerapian tahap tinggi. Nota semakan kerja rumah
tergantung pada peti ais, pada white board pula senarai semakan
keberkesanan, perancangan pula dalam buku management tersendiri. Dengan
tekun semua ini diulang-ulang saban hari, minggu dan tahun.

Pada satu hari yang indah, si isteri bergegas memberitahu
jiran tetangga berita gembira yang dikongsi bersama dengan sambutan
syukur hampir seluruh kawasan kejiranan berhampiran. Menurut doktor, dia
bakal menimang cahaya mata. Kegembiraan jelas terpancar pada pasangan
ini, ucapan tahniah datang mencurah-curah.

Begitu pantas masa berlalu. Akhirnya sampailah saat yang
mendebarkan, anak yang ditunggu dilahirkan dengan selamat. Bayi lelaki
comel ini benar-benar memberi sinar pelengkap kasih sayang di dalam rumah
itu.

Tiga tahun berlalu, anak lelaki ini membesar dengan sihat dan
subur, sesubur perhatian dan belaian daripada ayah dan ibu. Namun berlaku
sesuatu yang tidak diduga oleh ibunya selama ini. Anak lelaki ini
mempunyai perangai yang seratus peratus berbeza dengan sikap ibunya.
Kalau ibunya sangat kemas, anak lelaki ini akan mengeromot segalanya.
Rumah yang selama ini kemas teratur sering kali bertukar wajah menjadi
seperti lepas perang, kena penangan anak ini. Keadaan tidak terkawal,
anak ini mungkin telah dimanjakan berlebihan.

Si ibu merintih derita. Apa yang berlaku ini bertentangan
sama sekali dengan kanun dirinya. Semua mesti sempurna! Sampai pada tahap
ini si ibu selalu terlanjur cakap bahawa mempunyai anak sebenarnya satu
kesilapan. Anak bukan penyejuk mata sebaliknya peragut ketenangan.

Bagi mendidik si anak, si ibu terpaksa menggunakan sedikit
kekerasan, cubit, rotan dan meminta dia berikrar untuk tidak
mengulanginya kembali.

"Mama, abang minta maaf ... Abang tak akan ulang lagi."
Itulah
ungkapan yang diajar setiap kali kesalahan dibuat.

Satu lagi tabiat yang pelik bagi anak ini ialah dia akan
mengoyak kertas yang dijumpainya dan dibiarkan bersepah merata-rata.
Cubitan dan kemarahan tidak berjaya mengubah tingkah lakunya, dia masih
dengan tabiat menyepah-nyepah, kemudian rumah jadi bingit dengan leteran
dan bahang kemarahan ibu. Begitulah yang sering berlaku.

Pada suatu hari si ibu bergegas mengemaskan rumah kerana
kawan lamanya bakal datang melawat. Dia ke dapur memasak hidangan kepada
tetamu yang bakal datang.

Bila dia membawa makanan untuk dihidangkan, alangkah
terkejutnya apabila dia melihat ruang tamu bersepah, sofa tunggang
langgang dan koyakan kertas bertabur di mana-mana.

"Abang ... mari sini!!" Jerit si ibu memanggil anaknya lebih
kuat daripada biasa. Kemarahannya mencecah siling kesabaran dan membakar
rentung ladang hemahnya.

Si anak ketakutan lalu lari meluru ke arah pintu. Si ibu
mengejar dari belakang. Nafasnya tertahan-tahan menahan marah.. Kaki anak
melangkah keluar dari rumahdengan larian deras. Sesaat dia telah berada
di hadapan pagar.

Tiba-tiba terdengar satu bunyi hentaman keras. Larian ibu
terhenti. Wajah terasa basah terpercik sesuatu. Dia terpaku ... Alangkah
terkejutnya apabila melihat anaknya menggelupur kesakitan berhampiran
longkang besar di tepi rumahnya. Basah di muka tadi rupanya adalah darah
anaknya.

Dia tidak mempedulikan lagi pada kereta yang melanggar, dia
meluru mendapatkan anak dan merangkulnya. Darah merah ada di mana-mana,
dada anak berombak-ombak, tubuh kekejangan, terdengar bunyi rengekan
menahan sembilu kesakitan yang amat. Tanpa berlengah dia terus memandu
keretanya, anak diletakkan ke atas ribanya, tubuhnya kini dibasahi darah
merah segar anaknya, dia terus memecut laju ke hospital.

"Ya Allah ... tolonglah selamatkan anakku ini." Doanya dalam
raungan kuat sambil memandu laju. Hon dibunyikan bertalu-talu minta
laluan daripada pemandu lain.

"Ya Allah ... aku tahu aku gagal menjadi seorang ibu yang
baik
tetapi aku memohon sekali ini ... Ya Allah selamatkanlah anakku ini."

Air matanya bercucuran dengan deras menitis, tumpah dan
bergaul dengan darah merah anaknya. Perjalanan terasa begitu jauh dalam
keadaan begini. Nafas anak tercungap-cungap. Dari mulut, hidung juga
telinga darah terus mengalir begitu deras. Si anak bergelut dengan
kesakitan, dada berombak kuat, setiap kali dia membuka mulutnya darah
bercucuran keluar.

Anak seperti ingin menuturkan sesuatu, ibu menangis
semahunya.

"Mama maafkan abang ..." Ungkapannya sukar ... tersekat-sekat
kerana kesakitan itu.

"... Abang janji tak akan buat lagi."

Itulah ucapan yang selalu dituturkan apabila ibunya marah.
Ibu memegang mulut anak, hatinya menangis. Bukan ini yang ibu mahu
dengar.

Sebaik sampai di hospital, anak dikejarkan ke bahagian
kecemasan. Ibu menunggu di luar, dia membuat panggilan kepada suami dan
mengurus segala prosedur yang patut. Dengan baju dipenuhi darah tanpa
merasa malu pada orang sekeliling yang melihatnya, dia menangis sekuat
hati, rasa sesal mengasak kuat segenap ruang hatinya.

"Ya Allah berilah aku peluang kedua untuk menjadi seorang ibu
yang baik, aku sedar akan kesalahanku ..."

"Ya Allah selamatkanlah anakku hari ini ..."

Doa tidak pernah putus dari bibirnya dengan permohonan
setulus-tulusnya kepada tuhan.

Setelah lama menunggu, tiba-tiba doktor keluar. Bebola
matanya merenung penuh pengharapan pada doktor.

"Puan, maafkan ... Kami telah cuba melakukan yang terbaik."
Patah bicara doktor satu-satu menyusun kalimah.

"Anak puan ... Telah meninggal dunia."

Hanya itu yang mampu dituturkan, walaupun selalu tetapi tetap
sukar untuk menjelaskannya kepada ibu ini.

Dunia terasa seperti pasir jerlus yang menyedut dengan deras
ke dalam, kepingan langit sekeping-sekeping menghempas ubun-ubun
kepalanya. Alangkah sakitnya hakikat ini. Dalam tangisan berderai, dia
meluru dan merangkul sekujur tubuh anaknya dengan mata tertutup rapat,
kesakitan telah tiada bersama nafasnya yang berangkat pergi buat
selama-lamanya.

"Anak ... Kamu tidak mendapat apa yang sepatutnya ibu berikan
di sepanjang perjalanan pendekmu ini ..."

Ibu mencium semahu-mahunya. Namun wajah itu hanya kaku,
dingin sekali.

Jenazahnya kemudian diuruskan sehingga selesai sempurna.
Malam itu apabila lampu tidur dimatikan dan kawasan kejiranan sunyi, ibu
keluar ke kawasan tong sampah di hadapan rumah. Dia menyelongkar sampah
semalam mencari koyakan kertas anaknya. Malam itu di ruang tamu rumahnya
penuh koyakan kertas yang ditaburkan.

Dengan nada lemah sekali bersama lelehan air mata hangat ibu
berkata, "Alangkah indah andainya ini yang ibu lihat pada setiap hari di
sepanjang hidup ini."

"Ibu rindu kepadamu ... Ibu rindu kepada nakalmu ... Ibu
rindu
pada koyakan kertas ini, tetapi kenapa ibu buta tentangnya selama ini?"

Tangisan hanya saksi bisu dengan irama tersendiri, namun
hakikat yang terpaksa direngguk ialah semua itu tidak boleh diulang lagi.
Anak comel itu tidak akan pulang lagi ke rumah sampai bila-bila.

**********

Benar, sesetengah nikmat itu hanya datang sekali, kerana itu
nikmati dan syukurilah, bersyukurlah sentiasa.

Amat malang kerana kita selalu sedar dan menghargai sesuatu,
hanya selepas nikmat itu terlerai daripada genggaman.

Wednesday, March 24, 2010

ahhh!!!!!

aku tak tau la apa yg dah berlaku skrg nih.....aku dah bosan ngn sume2 nih......aduhhh!!!!!!

"aku yg bosan"

bosan tol hr nih....emmm...apa aku nk wat ye??keje bnyk dah cyap...ujung bulan je mesti bosan....tak de keje...maklumla keje aku just wat akaun penyesuaian je....sume jenis penyesuaian aku wat.....huuuuuu.....nk wat keje len plak.....waaaaaa......asyik wat keje yg same je....hehehe.....

Monday, March 22, 2010

Doa Seorang Kekasih

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

Bisikan Nurani

Lautan kematian ombak
Tenang pantai tiada terusik
Begitulah tasik hatiku
Sejak kehadiranmu

Betapa aku hargai
Anugerah syurga di dunia
Doa kudus aku panjatkan
Semoga dirahmati

Telahpun ku syukuri
Di dalam hidup ini
Cinta suci kurniaan Ilahi

Kejernihan wajahmu
Sempurna pada pandanganku
Kau kirana
Keturunan terpilih
Disanjung serta dihormati
Kau permata
Kesederhanaanmu
Mengecap kekayaan dunia
Kau mestika
Ketaqwaan dirimu
Itu yang merantai jiwaku

Bukan aku memuji
Apalagi memuja
Salahkahku kagumi… perhiasan duniawi

Bisikan nuraniku
Engkaulah pilihanku
Akanku pertahankan
Amanah suci ini

Friday, March 19, 2010

Pilihlah Aku Ya Tuhan

Hati ini bertompok-tompok
Hilang terangnya
Hati ini berselut-selut
Hilang sinarnya

Hati itu
umpama sungai yang mengalir tenang
Atau barangkali
lautan yang terbentang luas
Yang sesekali
dihiasi buih-buih memutih
Yang acap kali
dilanda ombak menghempas

Pelayaranmu masih ditemui noktahnya
Jadi, teruskan belayar.
Nakhoda terbilang!
Kita akan bersemadi di negeri itu
Sekejap sahaja lagi

Jika ikan berenang di tepian sungai
Itu tidak mengapa
Jangan sampai ikan terkena pancing mereka

Sedingin malam itu
Hatiku sayu
Sedingin malam itu
Hatiku rindu

Lagu-lagu dari corong-corog speaker berkumandang
Terdengar sorak tawa gembira manusia
Sesekali mereka menjerit-jerit
Bolehkah?
Ada batasnya.
Jagai dia.
Jagai batas itu.

Turunkan hujan
untuk menenangkan aku ya Tuhan
Dinginkan hati ini
dengan rintik hujanMu

Ada yang hilang barangkali
Mungkin ada.
Itu pasti
Dan ada yang tercicir.
Sedang mencari

Andai aku bisa membina
tembok besar antara kita
setinggi awan melangit
Tentu sahaja panahan syaitan
tidak bisa menembusi
Benar bukan?
Angguk.

Sejilid yang lalu.
Pergilah kamu
bersama debu berpasir itu
Ingin sahaja aku
tidur di kala dingin tiada kunjung tiba
Dan bermimpikan taman syurga

Tiada gersang
jika terpateri oasis di hatimu
Gali kolam itu
sedalam yang kamu mampu
Malam ini hujan akan merintik
Air suci akan memenuhi
Dan hati kita akan berbisik

Dengarkan bicaraku ya Tuhan
Aku pingin ketemu samaMu

Ingin kuburu
apa yang muncul dalam mimpiku itu
Lalu kuatkan hatiku
Kerna kutahu, ia dariMu

Tunggu aku ya Tuhan
CintaMu itu bukan senang ya?
Pilihkan aku.
Sambut hatiku

ku yang merinduiMu

Thursday, March 18, 2010

CERITA SEDIH-----

20 tahun yang lalu saya melahirkan seorang bayi laki-laki, wajahnya comel tetapi nampak bodoh. Ali, suamiku memberinya nama Yusri. Semakin lama semakin nampak jelas bahawa anak ini sedikit terkebelakang. Saya berniat mahu memberikannya kepada orang lain sahaja supaya dijadikan budak atau pelayan bila besar nanti. Namun Ali mencegah niat buruk itu. Akhirnya terpaksa saya membesarkannya juga.Pada tahun kedua kelahiran Yusri, saya pun melahirkan pula seorang anak perempuan yang cantik. Saya menamakannya Yasmin. Saya sangat menyayangi Yasmin, begitu juga Ali. Seringkali kami mengajaknya pergi ke taman hiburan dan membelikan pakaian anak-anak yang indah-indah. Namun tidak demikian halnya dengan Yusri. Ia hanya memiliki beberapa helai pakaian lama. Ali berniat membelikannya, namun saya selalu melarang dengan alasan tiada wang. Ali terpaksa menuruti kata saya.

Saat usia Yasmin 2 tahun, Ali meninggal dunia. Yusri sudah berumur 4 tahun ketika itu. Keluarga kami menjadi semakin miskin dengan hutang yang semakin bertambah. Saya mengambil satu tindakan yang akhirnya membuatkan saya menyesal seumur hidup. Saya pergi meninggalkan kampung kelahiran saya bersama Yasmin. Saya tinggalkan Yusri yang sedang tertidur lelap begitu saja.

Setahun.., 2 tahun.., 5 tahun.., 10 tahun.. berlalu sejak kejadian itu. Saya menikah kembali dengan Kamal, seorang bujang. Usia pernikahan kami menginjak tahun kelima. Berkat Kamal, sifat-sifat buruk saya seperti pemarah, egois dan tinggi hati, berubah sedikit demi sedikit menjadi lebih sabar dan penyayang. Yasmin sudah berumur 15 tahun dan kami menyekolahkan dia di sekolah jururawat. Saya tidak lagi ingat berkenaan Yusri dan tiada memori yang mengaitkan saya kepadanya. Hinggalah ke satu malam, malam di mana saya bermimpi mengenai seorang anak. Wajahnya segak namun kelihatan pucat sekali. Dia melihat ke arah saya. Sambil tersenyum dia berkata;

"Makcik, makcik kenal mama saya? Saya rindu sekali pada mama!"

Sesudah berkata demikian dia mulai pergi, namun saya menahannya.

"Tunggu..., saya rasa saya kenal kamu. Siapa namamu wahai anak yang manis?"

"Nama saya Yusri, makcik."

"Yusri...? Yusri... Ya Tuhan! Benarkah engkau ni Yusri???"

Saya terus tersentak dan terbangun. Rasa bersalah, sesal dan pelbagai perasaan aneh yang lain menerpa diri saya pada masa itu juga. Tiba-tiba terlintas kembali kisah yang terjadi dulu seperti sebuah filem yang ditayangkan kembali di kepala saya. Baru sekarang saya menyedari betapa jahatnya perbuatan saya dulu. Rasanya seperti mahu mati saja saat itu.

Ya, saya patut mati..., mati..., mati...!

Ketika tinggal seinci jarak pisau yang ingin saya goreskan ke pergelangan tangan, tiba-tiba bayangan Yusri melintas kembali di fikiran saya.

Ya Yusri, mama akan menjemputmu Yusri, tunggu ya sayang !

Petang itu saya membawa dan memarkir kereta Civic biru saya di samping sebuah pondok, dan ia membuatkan Kamal berasa hairan. Beliau menatap wajah saya dan bertanya;

"Hasnah, apa yang sebenarnya terjadi? Mengapa kita berada di sini?"

"Oh abang, abang pasti akan membenci saya selepas saya menceritakan hal yang saya lakukan dulu."

Aku terus menceritakan segalanya sambil teresak-esak. Ternyata Tuhan sungguh baik kepada saya. Ia memberikan suami yang begitu baik dan penuh pengertian. Selepas tangisan saya reda, saya keluar dari kereta dengan diikuti oleh Kamal dari belakang. Mata saya menatap lekat pada gubuk yang terbentang dua meter di hadapan saya. Saya mula teringat yang saya pernah tinggal dalam pondok itu dan saya tinggalkannya.

Yusri.. Yusri... Di manakah engkau, nak?

Saya meninggalkan Yusri di sana 10 tahun yang lalu. Dengan perasaan sedih saya berlari menghampiri pondok tersebut dan membuka pintu yang diperbuat daripada buluh itu.

Gelap sekali.

Tidak terlihat sesuatu apapun di dalamnya!

Perlahan-lahan mata saya mulai terbiasa dengan kegelapan di dalam ruangan kecil itu. Namun saya tidak menemui sesiapapun di dalamnya. Hanya ada sehelai kain buruk yang berlonggok di lantai tanah. Saya mengambil seraya mengamatinya dengan betul-betul. Mata mulai berkaca-kaca, saya mengenali potongan kain itu. Ini adalah baju buruk yang dulu dipakai oleh Yusri setiap hari.

Beberapa saat kemudian, dengan perasaan yang sangat sedih dan bersalah, sayapun keluar dari ruangan itu. Air mata saya mengalir dengan deras. Saat itu saya hanya diam saja. Sesaat kemudian saya dan Kamal mulai menaiki kereta untuk meninggalkan tempat tersebut. Namun, saya melihat seseorang berdiri di belakang kereta kami. Saya terkejut sebab suasana saat itu gelap sekali. Kemudian terlihatlah wajah orang itu yang sangat kotor. Ternyata ia seorang wanita tua. Saya terkejut lagi apabila dengan tiba-tiba dia menegur saya. Suaranya parau.

"Heii...! Siapa kamu?! Apa yang kamu mahu?!"

Dengan memberanikan diri, saya pun bertanya;

"Ibu, apakah ibu kenal dengan seorang anak bernama Yusri yang dulunya tinggal di sini?"

Dia menjawab;

"Kalau kamu ibunya, kamu adalah perempuan terkutuk!! Tahukah kamu, 10 tahun yang lalu sejak kamu meninggalkannya di sini, Yusri terus menunggu ibunya dan memanggil;

'Mama, mama!'

"Kerana tidak tahan melihat keadaannya, kadang-kadang saya memberinya makan dan mengajaknya tinggal bersama saya. Walaupun saya orang miskin dan hanya bekerja sebagai pemungut sampah, namun saya tidak akan meninggalkan anak saya seperti itu!"

"Tiga bulan yang lalu Yusri meninggalkan sehelai kertas ini. Ia belajar menulis setiap hari selama bertahun-tahun hanya untuk menulis ini untukmu..."

Saya pun membaca tulisan di kertas itu...

"Mama, mengapa mama tidak pernah kembali lagi...? Mama marah pada Yusri, ya? Mama, biarlah Yusri yang pergi saja, tapi mama harus berjanji mama tidak akan marah lagi pada Yusri."

Saya menjerit histeria membaca surat itu.

"Tolong bagi tahu.. di mana dia sekarang? Saya berjanji akan menyayanginya sekarang! Saya tidak akan meninggalkannya lagi! Tolonglah cakap...!!!"

Kamal memeluk tubuh saya yang terketar-ketar dan lemah.

"Semua sudah terlambat. Sehari sebelum kamu datang, Yusri sudah meninggal dunia. Dia meninggal di belakang pondok ini. Tubuhnya sangat kurus, ia sangat lemah. Hanya demi menunggumu ia rela bertahan di belakang pondok ini tanpa berani masuk ke dalamnya. Dia takut apabila mamanya datang, mamanya akan pergi lagi apabila melihatnya ada di dalam sana. Dia hanya berharap dapat melihat mamanya dari belakang pondok ini. Meskipun hujan deras, dengan keadaannya yang lemah ia terus berkeras menunggu kamu di sana . Dosa kamu tidak akan terampun!"

Ya Allah! Ampunkanlah dosaku! Yusri, ampunkan mama nak!

Semoga menjadi pelajaran bagi kita semua. Janganlah menyalahkan apa yang sudah diberikan oleh Allah. Tetapi hargailah apa yang diberikan oleh Allah. Dan cuba bersabar. Kerana DIA tidak akan memberikan sesuatu apapun dengan sia-sia.

Sebuah Pertemuan

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan...
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan

besday......

hepi besday to u....hepi besday to u.....hepi besday to intan nursyahirah....hepi besday to u.....
hheheeheh...hari nih besday adik aku....aku tak bli apa2 hadiah pon kat die lg.....die ngah cuti sekolah skang.....emmmm....nk bg hadiah apa la kat die nih?????

Wednesday, March 17, 2010

---NoThInG---

hehehehe.....aku tak tau nk ckp apa la kat blog nih.....emmm....ada org kata aku dah tak tembam sgt mcm dlu....ni salah satu berita baik bg aku la...kihkihkih....aku nk turunkan berat nih ckit je lg....lalalala

sok dah hari jumaat....weekend nih nk wat apa ek??duit dah tak de sgt nih....nk shoping pon tak ckup....adeyhhh!!!!!kemas umah la jawabnye weekend nih.....sape mau join aku kemas umah angkat tangan................lalalallalala.......

okeh la....aku tak de idea nih nk ckp apa....nnti kalo ada idea baru aku update lagi ek???daaaaaa.................

Tuesday, March 16, 2010

best----->>


semalam tido kul1 sbb nk cyapkan assignment boss aku nih.....sbb aku dah tersalah wat upenye sblum nih....hehehehe....seb bek la pagi tadi aku dapat cyapkan gak....then aku pon send la kat email boss aku tu....tak sangka hasil titik peluh aku tu akhirnya boss aku send email blik bgtau aku punye assgnmnt yg aku send kat die tu menarik....hehehehe....cyap die ckp tunggu habuan dari die plak....kihkihkih....macam aku plak yg nak nek pangkat......tapi apa2 pon aku enjoy gak la wat assgnment tu....so pas ni kalo aku dapat keje kat gov nih,senang la aku nk wat tugasan individu tu....heheheheh.......ngantuknye la........ada ckit lg keje aku nih....tinggal nk wat ringkasan eksekutif je.....adeyh laaa................

Monday, March 15, 2010

last weekend.....

fuhhh!!!!!!!!!!!!.......penat masih lagi terasa walaupun semalam dah tido awal dari biasa....aduhhh....kaki aku masih lenguh2 lagi....maklum la drive sorg2 dari tronoh nk balik kajang...kihkihkih....padan muke!!!asalnye nk balik ngn kazen aku kak ain....pastu die kata dis week die nk kne balik perak lg ngn parents die...so tak jadi la die ikut aku....then aku ajak kazen aku yg dok blaja kat uia tu.....die plak ada projek nk kne submit....adoiiiii......terpakse la aku gerak balik sorg2 mlm khamis hr tu....

sampai umah tepat kul 12 mlm....takut siot lalu kat kellies castle tu....seram je...aku bwk laju2 ckit kalo lalu jalan tu....heheheeheh.....mak aku ckp cepat plak aku bwk....3jam dah sampai umah....die kata sepatutnye paling cepat pon sampai 3jam setengah.....heheheh....nk kata aku bwk laju,tak la plak...aku bwk bese2 je....100 n 110 je....heheheeh.......

soknye plak aku n parents aku g kepala batas amik adik aku....cuti sekolah la katakan.....memng selalu parents aku g amik die kat sekolah tu...mana penah die balik naik bas lagi.....anak bongsu katakan....kihkihkih.....g penang pon aku drive gak....tp otw balik dekat bukit merah,ayah aku plak bwk.....sempat la aku tido kat belakang...hehehe...abah tu dah bosan la tu nk drive kete plak....kalo tak asyik melalak je sebab ngantuk.....huhuhuh

hr sabtu plak aku dah tak g memana pon....dok umah je....ingat nk g picnic....tapi malas la plak....huhuhuhu.....jap je masa berlalu.....dah nk abis cuti weekend....adeyh!!!!hr ahad dah nk kne balik kajang plak....aku gerak lewat ckit....maklum la,sejak dah pakai kete nih lg bnyak mk aku nk suh aku bwk....nasi tu aku leh trme la...ni cyap watkan roti sosej la mcm2 lg....cyap dorg nk suh aku angkut tilam kat umah lg tu....heheheh...klaka gak parents aku nih....riso aku sakit belakang sbb tak tido atas tilam....aku okeh je tido gune toto....bukan nye nipis sgt pon....

emmmm.......hr ni dah mule keje balik....mls tol pg td aku nk g keje....bngun pon lmbt ckit dr selalu.....seb bek jalan tak jem sgt cm selalu g keje....adusssss...............bile la jln nk g putrajaya pg2 nih tak jem ek???takkan kot.....kihkihkih......melainkan sume org dtg keje nek bas....ada ke???kat opis nih aku dah tak de keje....keje sume dah cyap minggu lepas lg....ahhh!!!BOSAN la plak.......

Tuesday, March 9, 2010

---hAnYa AkU yG tAhU---



Aku tak peduli apa org nk kata pasal aku.....simple je skrg nih...hanya aku je yg tahu apa yg berlaku dlm diri aku....mulut org leh kata apa sje org nk kata....kita bukannya boleh menghalang org lain dr berkata-kata pasal diri kita.....cukupla sekadar percaya pada diri sendiri.....YAKIN pada diri IMA.....you can do it!!!!!YEAH!!!!!
aku nk wish,SEMOGA BERBAHAGIA DENGAN PILIHAN SENDIRI.....n aku nk mintak MAAF kalau selama nih aku banyak wat salah or apa2 je yg berkaitan.....
"I WISH I'M SPECIAL.....BUT I'M NOT"

Monday, March 8, 2010

Tambahan Maklumat Untuk Dikongsi Bersama

Kajian....ALLAH je mengetahui......
Assalamualaikum ......
Mesti korang terkejutkan..neway , just bace dulu n evaluate it later... Allah sahaja yang tahu kebenarannya.[Bukti kebenaran Al-Quran. Fenomena ini telah disebut dalam Quran 1400 tahun dahulu dan 1999/2000 tahun gambar itu diambil oleh NASA.] *
a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500tahun.... sekarang sudah 1439 = 426 + 13 tahun hijrah... daripada ini kitaketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi.. Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066...*
b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala kebumi... Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket... Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi... Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi.. Dan planet ini lebih besar daripada bumi... Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065....*
c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007.... Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa... . Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat..Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062... Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066... * Wallahu'alam...
Semua ini telah dikaji... Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakanbahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun... Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun... Cubalah anda kirakan sendiri...Beribadatlah wahai umat Islam sekalian... Ini adalah antaraberpuluh-puluh artikel di internet yg seperti ini.. Dan jangan tunggu artikelseperti ini dikeluarkan baru kita nak buat amal. Benda ni dah diajar sejakkita kecil lagi. Kiamat pasti tiba. hanya orang yang leka dengan dunia shj yang akan rugi. Berhibur tidak salah tapi jangan lupa apa yang disuruh olehAllah. Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan yang mungkar. dan korang jangan risaula..aman dunia akhirat..sama-sama kita doakankesejahteraan untuk semua umat Islam.
Aminnnn............

BuSy----




Aduhhh..........banyak plak keje minggu nih....sempat ke tak la aku nk amik cuti jumaat nih.....kalo keje cyap dpt la aku amik cuti jumaat nih....mk abah aku suh blik plak sbb nk g amik adik bongsu aku kat sek sains kepala batas tu....hehehe....kalo tak last week aku dah blik umah....di sbbkan minggu nih nk kne balik lg,so aku pon amik keputusan tuk blik dis week....huhuhu...dpt gak jumpe adik manje aku tuh.......lalalalala......

Last week aku dpt assgmnt drpd akauntan aku....hahaha....giler r kne wat assgmnt pasal akaun plak....dah r aku dah lme tinggal bab2 akaun nih....huhuhu...bukan tak minat akaun nih...TAPI ada sejarah die......lalala....PENING tol kepala aku nk cari point nih.....kalo die suh wat pasal ekonomi leh r aku nk wat....bnyk gak la point aku leh isi......ini tak,kne wat pasal akaun....mne aku nk cri point tu??????arghhh.............GILER ahh cmni.....ADEYHHH!!!!!!

FRENZ......help me.......sape2 yg tau pasal PENYATA KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN punye problem please tell me....n sape2 ada idea tuk penambahbaikan psl penyata kewangan tu gtau la aku ek????huhuhuhu.......

Sekadar renungan


Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadistersebut sangat menjolok mata.


Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki...."nasihat orang tua itu.


Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal beradadi syurga atau neraka?" Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tuaitu gadis itu tertawa mengejek panjang.


Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat. "Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di nerakajahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab...


Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadisyang masih muda i tu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi....


Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas.. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri.... Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya.


Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut.


Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang anehmenimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.

Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segalasesuatu.


Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw denganmempersendakan atau ejekan. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.


Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan mene ntukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodohitu? Mereka itulahorang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.


Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikananda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu. Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini.


Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yan g benar dan kekuatanagar sentiasa dapat menjaga lidah kita.

Wednesday, March 3, 2010

~~~~MAAFFFF~~~~


aiiiii......hehehehe
lama dah aku menyepikan???tak de idea la nk tulis apa dlm blog nih.....
ikutkan tajuk kat atas ni kan......MAAFfFf....
pada sesiapa yg aku penah skitkan ht die ke,marah die ke,kata yg bukan2 ke kat die.....
aku nk mintak maaf bnyk2.....walaupon aku tak salah or aku salah pon aku nk mintak maaf gak....
harap korg2 dpt maafkan aku ek???
heheheh.......sejak 2 menjak nih...aku rse cm nk g jauh2 je....jauh drpd org2 yg kenal aku....
aku nk jauhkan dri aku dr sume masalah....n mcm2 lg.....
TAPI......ntah la.....aku tak tau nk wat apa lg....
nk BERCUTI duit TAK DE......adeyhhh laa....
CUTI pon tak bnyk gak....
SO, jln penyelesaiannye aku amik....aku nk BALIK KG minggu ni......lalalalalaal
sape2 nk ikut aku balik TRONOH meh ler join aku....huuuhuh
SESAKnye hidup aku skrg nih weh.....
hahahahaahahahaaha..........

okeh la....aku dah tak tau nk merepek apa lg dlm blog nih....ntah pape je aku mengarutkan.....
kuikuikui......daaaaa