Followers

My Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 29, 2010

Lafazkan Kalimah C.I.N.T.A mu....

Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri.
13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya seorang diri.
Kepulangannya ke pangkuan keluarga telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

Tengku Natasya yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap Tea Lady di syarikat milik keluarga mereka.
Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.

Tengku Ryan Ameer, jejeka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu membenci gadis ini, mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus.
Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebencian terhadap dirinya.
Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya?
Begitu utuhkah api kebencian Tengku Ryan Ameer pada dirinya?


**haha....novel nih la selalu buat aku menangis....agak sdeyh citernye.....nk tau citer sebenar, cari la buku nih dan baca lah kalo berkelapangan....huhuhu....
memang menyentuh kalbu...... BEST!!!

Tuesday, December 14, 2010

:::Ketawa-->>Tertawa Di Dunia Menangis Di Akhirat

Salam sume....lama tak update blog....ermmm...hr nih saje nk share info ngn kawan2 sume...huhuhu.....tgk tajuk pon kte tau.....so kali nih nk share sikit pasal ketawa nih....harap korunk leh guna info ini dlm kehidupan seharian korunk yer....enjoy~~~~

Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati. Banyak tertawa menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. Hati tidak berfungsi lagi.

Nabi Muhammad melarang ummatnya dari gelak-ketawa yang melampaui batas. Menurut hadith, banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu. Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu.

Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah? Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak. Sedangkan dahsyatnya alam tersebut tidak dapat dinukilkan dalam sebarang bentuk media.

Kita sedang menuju ke satu destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi. Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama ada berbahagia atau menderita. Berbahagia di dunia bersifat sementara tetapi di akhirat berpanjangan tanpa ada penghujungnya.

Penderitaan di dunia hanya seketika tetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan. Merenung dan memikirkan keadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kita tentang bahaya yang akan ditempuh.

"Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur". Demikian ditegaskan oleh Nabi saw. Kita sedia maklum, kubur ialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang panjang. Kita keseorangan dan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurga atau ianya satu pintu ke neraka.

Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia. Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turut menjadi kurang.

Kepekaan terhadap akhirat juga menurun. Nabi saw pernah bersabda: "Barangsiapa tertawa-tawan nescaya melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang banyak tertawa di dunia nescaya banyak menangis di akhirat."

Saidina Ali sentiasa mengeluh '....jauhnya perjalanan ... sedikitnya bekalan ....' Walaupun hebat zuhud dan ibadat beliau, namun merasakan masih kurang lagi amalannya. Betapa kita yang kerdil dan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam.

Dalam hadith lain, Nabi saw bersabda "Barangsiapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan oleh api neraka."Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam neraka.

Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa yang berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah seperti yang dicontohkan oleh Nabi saw.

Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat. Para sahabat pernah berkata "Ketawa segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak."


~~Renung-renungkan dan selamat beramal.....ngeee :-)~~

Monday, November 22, 2010

Busynye minggu nih....uwaaaa





banyak nye nk kne cyapkan keje dlm minggu nih.....
sume berkaitan ngn sistem eSPKB punye manual prosedur.....
chiayok ima!!!!
mesti cyapkan before 25/11 okeh??
esok plak kne jaga slide tuk Hari Bersama KP....
ermmmm.....
mlm ni n sok last ngaja tuisyen....
coz, next month dorg nk cuti sebulan before start school balik.....
uwaaaaa....... :'(
nak balik umah lg........






Monday, November 15, 2010

Goda Suami Agar Kembali Mencintai



Rasanya tidak sah jika kehidupan berumahtangga yang dilalui tidak ditimpa badai atau gelora. Meskipun cuba untuk dielakkan, masalah pasti datang jua untuk menguji kesetiaan serta cinta yang terjalin.


Tidak dinafikan dugaan yang melanda sedikit sebanyak mampu mengurangkan rasa cinta yang bersemi di hati. Bagi kaum lelaki ini mungkin merupakan peluang untuk mereka mencari yang lain.


Jangan biarkan perkara tersebut berlaku dan sebagai wanita anda perlu bijak untuk menarik perhatian suami agar mereka selalu merasakan bahawa anda merupakan wanita terbaik serta serasi buat mereka.


Di sini dinyatakan beberapa kaedah yang boleh diaplikasikan oleh mereka yang bergelar isteri agar suami yang dicintai tidak mencari 'makan'
diluar.


1. Berani mencuba
Hal ini selalu dikaitkan dengan hubungan seksual. Tidak dinafikan wanita sedikit pemalu untuk memulakan hubungan seksual walaupun bersama suami masing-masing. Kebiasaannya suami yang akan mendominasi dan wanita hanya akan menyerah sahaja.
Untuk mendapatkan kelainan apa kata sekali-sekala anda yang memulakannya dahulu. Berikan layanan terbaik serta kejutan kepada suami. Dengan layanan yang hangat serta lain daripada kebiasaan, sudah pasti suami anda tidak mampu untuk melupakan detik indah tersebut.
Sebaiknya sebagai isteri anda tidak perlu ada perasaan malu kerana anda halal di sisi suami anda.


2. Bijak menghias diri
Terdapat segelintir wanita yang hanya bijak menghias diri apabila mahu keluar bekerja atau menghadiri majlis-majlis tertentu. Sebaliknya jika di rumah bersama suami, penampilan diri selalu diabaikan.
Lebih teruk apabila suami pulang dari tempat kerja, isterinya masih belum mandi dan selesa dengan pakaian tidur yang belum berganti. Keadaan ini pastinya akan menimbulkan rasa tidak selesa suami.
Jalan terbaik, anda harus menjaga penampilan tidak kira di dalam atau di luar rumah. Anda harus ingat, semua lelaki lebih mudah tertarik dengan wanita yang bijak menghias diri dan penampilan. Jangan sampai suami anda jatuh hati dengan wanita di pejabatnya gara-gara penampilan buruk anda.


3. Kemas bilik tidur
Untuk menambat hati suami, pastikan bilik tidur anda sentiasa kemas, bersih dan berbau wangi. Ini kerana sebagai pasangan suami isteri, bilik tidur adalah tempat paling romantis dan privasi untuk anda berdua.
Di bilik tidur semua perkara boleh dibincangkan oleh pasangan dan bilik tidur yang selesa pastinya akan mendamaikan suami. Jadi apabila berdua-duaan bersama suami di bilik tidur, jalankan peranan anda dan rangsang suami agar terus jatuh cinta kepada anda.
Dengan rangsangan yang anda beri serta persekitaran yang bersih, suami anda pastinya tidak mampu untuk meninggalkan anda.


4. Bersikap aktif dan agresif
Ramai wanita yang tidak sedar bahawa golongan lelaki sebenarnya lebih suka kepada wanita yang berdikari, aktif dan agresif. Lelaki paling tidak suka dengan wanita yang pendiam dan hanya akan bersuara apabila ditanya.
Oleh sebab itu wanita perlu banyak membaca dan mengetahui banyak isu-isu semasa agar anda boleh berkomunikasi dengan suami anda dengan lebih baik.
Suami pastinya akan berasa bangga jika mempunyai isteri yang mampu memberikan pandangan serta pendapat tentang apa sahaja isu. Bukan seperti kebanyakan wanita yang lebih suka bergosip daripada membaca bahan bacaan yang banyak memberikan faedah.


5. Sentiasa sopan
Jangan sekali-kali menunjukkan sikap kasar kepada suami. Ini kerana ego seorang suami sangat tinggi dan mereka sentiasa mahu dihormati oleh seorang yang bergelar isteri.
Kalau boleh penuhi segala kehendaknya selagi ianya tidak bertentangan dengan ajaran agama. Sikap anda yang sentiasa bersoapan santun dan memenuhi keinginannya sudah pasti akan mengikat hatinya daripada beralih cinta kepada wanita lain.
Secara psikologinya, sikap anda itu juga secara tidak langsung mampu untuk mempengaruhi suami untuk kembali bercinta dengan anda.


6. Jangan menipu dan selalu bersikap terbuka

Tiada mana-mana lelaki yang suka ditipu oleh isteri masing-masing. Oleh sebab itu anda perlu bersikap terbuka dan jujur dalam menjalinkan hubungan sebagai pasangan suami isteri.
Sebagai isteri, jika anda tidak suka dengan perkara yang dilakukan oleh suami, jangan sekali-kali mendiamkan diri. Ini kerana itu tandanya anda bersetuju dengan tindakannya.
Sebaliknya cakaplah berterus-terang dan nyatakan rasionalnya mengapa anda tidak suka dia melakukannya. Sikap anda yang jujur, telus dan sentiasa memberikan teguran membina kepadanya akan menguatkan lagi cinta suami anda kepada anda.


7. Beri pujian
Tidak kira lelaki atau wanita, masing-masing akan berasa suka apabila menerima pujian. Oleh itu sebagai isteri, anda perlu selalu memuji suami agar dia berasa bangga dan dihargai.
Tapi awas, jangan sekali-kali memberikan pujian palsu kerana ia hanya akan memudaratkan perhubungan yang terjalin. Sebaliknya nyatakan kelemahannya dengan cara yang paling sopan dan berikan kata-kata semangat bahawa setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.


Semua ini akan membuatkan suami anda tampil lebih baik pada masa yang akan datang dan cintanya kepada anda juga akan kembali mekar mewangi.


Renung2kan.....dan selamat beramal..... :-P

WeEkEnD aT BrOgA hIlL

Selamat pagi sume.....hye!!!
Pagi nih sje je nk update ckit blog nih.....kang lme plak tak update jd bersawang plak kang....
heheheeh....
Okeh, berbalik pada tajuk kat atas tu....semalam, aku mendaki bukit ngn my love n my fwens also....
dah lme tak buat aktiviti cmni...
menarik!!aku memng suke aktiviti2 mencabar cmni...
so, kat bwh ni aku msukkan ckit gmbr ktorg kat sne ye....


Kami yg pergi sume dlm 6 org...2 org drpd yg pergi nih dah bnyk kali daki bukit nih...
kami yg tak penah pergi nih memng mencbr laa....
hahahaha....smpai lnguh2 kaki aku nih.....
aku nk msukkan lg gmbr yg berkaitan.....



Ktorg turun bwh balik dlm kul 8.30 pg dah gerak turun...huhuhu...
Gayat seyh......aku takut giler time nk turun....
Cyan my love coz kne sengat ngn lebah....
tak reti dok diam....
ade plak g tepuknye lebah kat tengkok tu...apa lg...kne sengat laa...
nseb bek tak la teruk sgt....
smpai je kat bwh, kami singgah jap minum air kelapa 100 plus...
pandai tol cina tu amik untung....MAHAL kot dorg jual...
tapi tak pe la....aku dah tak larat sgt....
mcm nk kejang je kaki nih....hehehe
degil tak wat regangan dlu sblm naek....hahahaah...
Then, ktorg rancang g mandi sungai terus....
Afiq yg lead....so die ajak ktorg g Batang Si...eh!tol ke tak ler ejaan die...ghehee
cantek tmpt nih...tak kotor cm kat sg tekala....
best la...air dalam ckit....
nk berendam tu memng syok abis ler....
berendam tak hingat dunia....smpai kecut....hahahah...
apa2 pon memng terbaek la smlm.....
huhuhu......korg g la bukit Broga tu....
memng best....hehehe

Monday, November 8, 2010

Berdebar2 plak...

Ermmm....tinggal sehari je lagi aku nk prepare tuk micro teaching hr rabu nih.....adeyhh!!!......berdebar2 plak aku....
Kebetulan plak hr nih aku sakit tekak la....mcm nk selsema pon ade nih....
Waaaa......tak selesenye......cmne nk present nnti????
Harap2 sgt aku sehat time nk present......kne g Melaka plak.....wadusss....
Smbil2 g present, smbil2 berjalan Melaka la aku nnti....hahahaahah...
Bila lg nk berjalan2kan???huhuhu.....
Aku sgt berharap aku berjaya dlm pemilihan nih......Aminnnn....
Kawan2 tolong doakan skli ye...... :-)
Nanti dah lepas present, aku update lg ye???huhhu.....(perasan je...cm ler ada org nk bce blog aku nih....hahahahaha)

Tuesday, November 2, 2010

Sje2 Update.....

Salam sume....hehehee.....lama tak update citer kan???huhhu......sbnrnye banyak je citer yg nk share kat cni....tapi ntah ler....bile buka je blog,tak tau nk taip ape.....i nih tak kreatif sgt....tu yg jd cmni kot....

By the way, last week i ada interview company swasta.....huhuhu.....i memng tak de hati sgt nk keje swasta sbnrnye.....tu yg last minute study psl company tu....adeyyyhhhh......cmne mau buat daaaa.....hampir sejam gak la dok dlm bilik meeting tu kne interview......mcm2 die gtau psl company.....i tak mengharap pon keje tu.....coz keje i kat putrajaya tu di renew kontrak tuk setahun lagi.....n dalam hati i pon kuat kata nk smbung study lg smbil keje kat putrajaya....so bulan2 still ada duit la nk blaja.....hehehehe....

21 Disember 2010 i kne daftar masuk UKM tuk smbung master plak.....course ekonomi sumber manusia.....kalo dah smbung master nih sbnrnye i target tuk jd lecturer je.....my parents pon ckp cmtu gak.....suh i smbung je master.....skang nih susah benar nk dpt keje....apply MARA pon susah gak nk dpt.....waaaa......sadis tol.....cmne la budak2 yg belum grad tu nk dpt keje kan???

Dah smbung study nnti leh la wat assignment kat opis......kalo keje opis dah siap ler......huhuhuh....almaklum la boss pon bg kebenaran wat kat opis.....cume dng syarat sume keje opis i dah siapkan.....hehehe....tu tak menjadi masalah.....coz i memng sllu siapkan keje awal2.....malas nk tangguh2 kan keje tu....nnti bertambah banyak....i gak yg susah.....tol tak???huuhuhu......

Khamis nih i nk balik umah.....hoyeayyyyyy!!!!!dah 2 bulan i tak balik umah.....windu tau....... :'( ....mummy, i'm back.......wallaaaaa.....