Followers

My Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 15, 2012

Panas!!!!

Panas tol hati aku ni.....
Ada je bende nk wat aku PANAS kan???
Pastu kecoh plak....
Kalau xsuke aku mcm ni, so jgn la nk cari pasal.....
Memang sume org xperfect....
Tapi lihat diri dlu...??
Apa sbb org tegur....
Orang xkan marah kalau xde bende yg boleh dimarahkan....
Kalau marah tiba2 tu pelik la kan....???
Aduhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!

-------------------------------------------------------------------------------------
Ingat aku ni suke2 je ke nk marah orang???
Macam la aku nih xde keje lain nk wat kan???

SABAR jela kan......


Bye!!

Sunday, February 12, 2012

Tips untuk hilangkan STRESS

Hidup ini sama seperti melalui jalanan menuju ke destinasi yang ditetapkan. Sesekali kita tersesat dalam mencari destinasi sebenar. Kadang jalan yang dilalui penuh liku dan simpangnya. Sesekali kita akan bertemu dengan lubang yang besar. Paling tidak jambatan yang kita mahu kita seberangi roboh sedangkan destinasinya sudah semakin hampir. Tekanan yang dihadapi menjadikan kita runsing.

Islam yang indah dengan isinya memberikan ubat yang mujarab bagi menghadapi tekanan yang datang dalam kehidupan. Lantas ubat ini menjadikan kita lebih tenang menghadapi segala ujian dalam hidup. Hati akan lebih tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa juga yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata bagi mendapatkan keredaan Allah.

Tip menghadapi Stres

Terdapat beberapa tip yang boleh diamalkan bertujuan bagi mengurangkan tekanan:

01.

Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan sebarang pekerjaan. Tugas yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan.

02.

Al-Quran jadikan amalan

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

03.

Solat Sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

04.

Selalu berdoa kepada Allah

Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

05.

Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba-Nya. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

06.

Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

07.

Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

08.

Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

09.

Cintai diri sendiri

"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.

- Artikel iluvislam.com


Thursday, February 9, 2012

Reborn~~>

Assalamualaikum sume... ^_-
Burlppppppp.....ermmmm dah bersawang blog nih....

lama giler x update....



------------------------------------------------------------------



Kali ni aku rasa mcm nk share story nk kawan2 sume...

Bermula dgn kesah aku pindah umah....(Opssss!!!)

Hehehehe....sebenarnye, aku dah bosan duk umah tu....

Bukan apa, ada lah makhluk yg duk dlm umah tu wat mcm umah tu umah die je kannn???

Padahal masing2 bayar sewakan....hahahaha

Yang xleh blah tu die siap men notis2 lg tuh....hahahaha

Aku xpaham tol nape suke sgt men tampal notis....

Kan senang kalo ko cakap terus ngn org yg ko nk maksudkan...??

Wat menyemak je.....

Dah la ko baru je beberapa bulan masuk umah tu....

Dah nk giler kuasa kan???

Aku meluat tengok muke ko tau x???

Sbb tu aku kua umah tu....SIYES!!!

Budak baru masuk tu pon aku kesian....

Asalnye aku xnak bg die masuk...

Coz, aku riso die plak yg jd mangsa GILER KUASA ko tu....

Tapi disebabkan bdk tu nk masuk urgent,so aku bg laaa...

Ishhhh.....bile kenangkan balik wat aku BENCI je....

Sia-sia je aku tambah dosa aku nih....ahhh!!



----------------------------------------------------------------------



Okeh la citer psl MAKHLUK tu...

Wat semak kepala otak aku je....

Skang kite citer psl len plak ye....hehehehehe

Baru2 ni aku ada beli 2 buah novel "Awak suke saya tak?" dan "Suami yang ku benci"....

Mencabarkan tajuk die.....hohohoho ^_-

TAPIII kannn.....aku lum sempat nk baca novel tu....

Nanti bile berkesempatan aku nk baca 2 2 novel tu....



-------------------------------------------------------------



Lalalalalala....okeh!

Yang ni plak aku nk citer psl My LOVE aku plak....

Hohohohoho....aku rasa die dah makin berubah....

Aku sangat mengharapkan die berubah ke arah yang positif la kan...

Doakan kebahagian saya ye kawan2....huhuhuhu

Makin lama makin bertambah sayang plak aku kat die....

Walaupon kadang2 die menyakitkan hati....

Tapi aku tau sebenarnye die pon sayangkan aku....

Betul x MUCUK MOO....hehehehe

Jangan marah yep....

Skang nih tugas kite berdua kumpul duit tau....

Sampai cukup bile tibe msenye....AMINNNNN




----------------------------------------------------------


Okeh laa....


Kite sambung di lain ENTRY yep....


Adioossss.......... !

Thursday, November 3, 2011

Come back to me ~~

huhuhuhu.....fuyooooo!!! setelah sekian lama x mengupdatekan blog ni....(dah bersawang kot kalo kat umah) ^_^
actually saje je nk update blog ni....walaupon tau xramai yg baca blog yg ntah pape nih....hehehe....sori la der... :P

so malam ni just nk share beberapa citer yg xbape nk citer lah....hahaha
(korg paham x ayat yg belit2 tu??)

.................................................
ermmm......sebnarnye ak pon xtau ap ak nk citer kt dlm blog nih....
kalau pasal keje ada la ckit kan...
kontrak ak akan abis ujung bulan 12 nih...so kalau kira + - cume tinggal 2 bln je lg kan???
hohohoho.....
tapi xpe....mungkin dh jadi rezeki kan....ak dpt interview jd guru tuisyen....
untuk sementara waktu leh la kan....lg pon ak ngah stdy lg....hehehe...(cam poyo giler je...haha)
jd cekgu pon best....ak memng minat ngaja pon...so, memng xde mslh la kalo nk ngajar je sementara nk dpt keje tetapkan...
jd guru tuisyen tu ak dpt ngaja fulltime la...kira mcm cekgu sekolah gak la kan...??
cume ak ngaja student tak ramai je....heheh...dkt ngn umah sewa ni...xpyh nk mencari umah sewa len dh....
Alhamdulillah la kan....ak memng risau sgt kalo xdpt keje len after kontrak ni abis...
cyan kan ktorg ni....keje dh 2 tahun setengah...apa pon xde....
just dpt ilmu n experience je la....okeh gak la...leh biasakan diri ngn org peringkat atasan nih...


.......................................................
ermmm.....ak rse nk stop dlu untuk malam nih....lepas raya haji ak smbung citer lg yep....

Selamat menyambut hari raya Aidiladha kepada kaum muslimin n muslimat....
& yg len tu....selamat bercuti mid semester....hahaha....jgn lupe stdy.....nnti xla menggelabah nk stdy utk final exam.....lalallaallaal

AdIoSsSsS....................!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, August 3, 2011

Masalah vs Problem ... :P (Thanks)





Sebenarnya, masalah merupakan peluang untuk membuatkan diri kita menjadi kuat..
Berterima kasihlah kepada orang yang telah menyusahkan dan mengecewakan kita,
Kerana dia telah melatih kegigihan hati kita..




Berterima kasihlah kepada orang yang telah menipu kita,
Kerana dia telah menambah pengalaman kita.

Berterima kasihlah kepada orang yang telah mengejar kita
Kerana dia telah membuatkan kita berlari sangat kencang,
melebihi kelajuan normal kita..

Berterima kasihlah kepada Orang yang telah menjatuhkan kita,
kerana dia telah menguatkan Kemampuan kita..

Berterima kasihlah kepada orang yang telah memarahi kita,
Kerana dia telah membantu menumbuhkan Ketenangan & Kebijaksanaan kita..

Berterima kasihlah kepada semua orang yang telah membuat kita kuat, tabah & berjaya..

Monday, June 27, 2011

~Cinta Itu Indah Bagi Manusia Yang Tahu Menilainya~

Cinta. Apa itu cinta? Jika kita berbicara tentang cinta, pasti kita tidak terlepas daripada memperkatakan tentang cinta monyet yang menjadi nadi kepada kehidupan muda-mudi masa kini. Malahan kebanyakan cinta seperti ini menjurus kepada pelakunya untuk membuat perkara maksiat tanpa menilai dan memahami erti cinta yang sebenar-benarnya.


Cinta bukan sekotor itu. Apakah maksud atau makna cinta?

Cinta sebenarnya merupakan satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia. Cinta wujud hasil daripada satu perasaan yang halus. Cinta mewujudkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan sesama manusia dan makhluk di dunia ini. Tanpa perasaan cinta, seseorang itu akan merasai kekosongan di dalam jiwa mereka.Cinta yang hanya berpaksikan tuntutan fitrah tanpa dicemari oleh nafsu, ianya melambangkan kedamaian, keamanan dan ketenangan.

Bagaimanapun, cinta seringkali diperalatkan untuk melepaskan keghairahan nafsu. Maka akan terjadi bermacam perkara yang merosakkan manusia dan membawa kepada kemaksiatan dan kehancuran umat terutama bagi golongan remaja yang terlalu taksub dan asyik dengan cinta tanpa ada penilaian dan pertimbangan akal fikiran yang waras. Cinta yang hanya berlogikkan nafsu dan syahwat semata-mata hanyalah cinta palsu yang penuh jijik dan hina.

Oleh hal yang demikian itu, sebagai remaja, terutamanya remaja mukmin, kita sewajarnya peka terhadap kehadiran cinta di dalam jiwa dengan lebih memahami makna dan erti serta cara yang sesuai untuk menerima dan memberi cinta kepada seseorang. Jangan hanya membuta tuli dan mengikut tuntutan nafsu semata.

Cinta dan permasalahannya telah menjadi perkara serius yang dihadapi oleh umat Islam hari ini. Pertembungan antara cinta hakiki dengan cinta palsu menyebabkan umat Islam menghadapi dilema perasaan yang kronik. Krisis cinta palsu telah menyebabkan umat Islam memusnahkan etika spritual - membunuh solidariti dan menodai sosial sehingga ada yang sanggup membunuh dan membunuh diri akibat daripada tekanan perasaan yang sukar untuk dikawal.

Islam tidak memusuhi cinta. Ini sesuai dengan ciri-ciri Islam sebagai agama yang menepati fitrah manusia. Malah, Islam memandang tinggi persoalan cinta yang tentunya merupakan perasaan dan fitrah yang menjiwai naluri setiap manusia. Bagaimanapun, cinta di dalam Islam perlulah melalui pelbagai peringkat keutamaannya yang tersendiri seperti:

1. Cinta kepada Allah
Islam meletakkan cinta yang tertinggi dalam kehidupan manusia, iaitu cinta kepada Allah. Tanpa cinta kepada Allah, perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti, sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan mencintai Allah. Dengan cinta akan mendorong manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah serta menerbitkan iman yang mantap. Firman Allah s.w.t:“... (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain daripada Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah...” (Surah Al-Baqarah : 165)

2. Cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan Para Anbia´
Ketika manusia berada di dalam kegelapan, maka diutuskan pembawa obor yang begitu terang untuk disuluhkan kepada manusia ke arah jalan kebenaran. Pembawa obor tersebut ialah Rasulullah s.a.w. Maka, menjadi satu kewajipan kepada setiap yang mengaku dirinya sebagai muslim memberikan cintanya kepada Rasulullah dan para anbia´ dengan mengikut segala sifat yang terpuji. Kerana perasaan kecintaan inilah, para sahabat sanggup bergadai nyawa dan menjadikan tubuh masing-masing sebagai perisai demi mempertahankan Rasulullah s.a.w dalam usaha Baginda untuk menyebarkan agama Islam. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, ada disebut: “Diriwayatkan daripada Anas r.a, katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperoleh kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain kedua-duanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya daripada kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam neraka.” (Bukhari: no. 15, Muslim no. 60, Tirmizi: no. 2548, Nasaie: no. 4901)

3. Cinta Sesama Mukmin
Perasaan kasih sayang sesama manusia merupakan tunggak utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan. Cinta inilah yang mengajar kita supaya mencintai ibu bapa dan keluarga. Selain daripada cinta kepada kedua-dua ibu bapa, Islam juga meletakkan cinta sesama mukmin sebagai syarat kepada sebuah perkumpulan atau jemaah yang layak bersama Rasulullah s.a.w. Maksud firman Allah s.w.t:“... Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)...” (Surah Al-Fath: 29)Inilah yang telah diajar oleh Islam. Maka masyarakat sejagat, malah umat Islam sendiri dapat melihat bahawa betapa agungnya unsur kasih sayang dan cinta yang terdapat di dalam Islam dan begitu jualah agungnya penjagaan Islam sendiri terhadap umatnya supaya tidak mencemarkan kesucian cinta dengan kekotoran nafsu. Itulah cinta di dalam Islam. Ia haruslah diasaskan di atas dasar keimanan kepada Allah. Alangkah ruginya cinta yang lari dari landasan iman. Lalu akan hanyutlah jiwa-jiwa yang menyedekahkan dirinya untuk diperlakukan oleh ´syaitan cinta´ sewenangnya-wenangnya. Sesungguhnya cinta sebelum perkahwinan merupakan cinta palsu walaupun dihiasi dengan rayuan manja kerana itu hanya panggilan ke lembah kebinasaan. Masa muda yang dianugerahkan oleh Allah hanyalah sekali berlaku dalam hidup dan tidak berulang lagi untuk kali kedua atau seterusnya. Maka dalam meniti usia, remaja perlu berhati-hati dengan mainan perasaan walaupun merupakan perkara yang amat sukar dilakukan, apatah lagi semakin dihambat usikan perasaan, semakin ia datang mencengkam. Itulah azam kita untuk melawan nafsu dan alangkah malunya untuk kita tewas dan kita sendiri merelakan diri dibawa oleh arus yang menghancurkan. Jangan jadikan diri kita sebagai hamba cinta yang hanya berlandaskan nafsu tanpa pertimbangan akal yang waras. Kita seharusnya mengawal perasaan cinta kerana jika terlalu obses terhadap seseorang, manusia biasanya akan hilang kawalan dan tidak dapat menerima hakikat kehilangan, lantas sanggup melakukan sesuatu yang buruk untuk melepaskan perasaan kecewa.

Sebagai kesimpulannya, cinta la kepada seseorang hanya kerana Allah S.W.T. Segala kesilapan yang kita lakukan perlulah diambil iktibar supaya kesilapan yang sama tidak akan berulang lagi. Aku berdoa padaMu ya Allah, berilah kebahagian kepada ku, kuatkan lah imanku supaya dapat menerima Ujian yang maha hebat dariMu ya Allah....tabahkanlah aku hatiku dalam menempuh dugaan dan ujian yang telah Kau berikan. Sesungguhnya aku menerima Ujian Mu sebagai tanda Kau masih menyayangiku daripada aku hanyut dan terus hanyut dalam dunia yang penuh dengan kepura-puraan...

Monday, April 25, 2011

Kisah suka duka...

Alhamdulillah....akhirnya aku dah abiskan jugak study tuk satu sem.....ermmmm.....aku riso sgt...rse mcm tak leh nk bawak la....blaja smbil blaja......rse stress sgt pon ada....aku pasrah je lepas ni.....hrp2 result tak de la teruk sgt.....cukup2 mkn pon dah kire okeh.....tadi baru abis last paper....subjek mikroekonomi.....Ya Allah.....sush sgt soklan die....bile stdy rse cm paham...tapi bile jwb soklan....rse mcm tak paham apa.......siyes mcm nk nangis pon ada jwb soklan td....(mak, kak ima mintak maaf.....takut tak dpt nk bg yg betol2 cemerlang kat mak.......TAPI....kak ima janji insyaAllah, kak ima akan usaha kan jugak dpt result yg terbaik n dptkan kerjaya yg lagi bagus.....Aminnnn)......
sepanjang aku tak update blog ni, mcm2 perkara dah terjadi.....rse sedih, kecewa, tertipu n mcm2 lg......dah la aku stress.....lagi bertambah stress plak.....sampai skrg pon hati aku masih terasa kecewa.....kecewa sgt2....Allah saje yg tau mcm mne perasaan aku nih.....Kenapa aku mesti lalui semua ni???tak layak sgt ke aku nk rse kebahagian dalam hidup nih???ke ini balasan tuk aku selama ni kot kan???tak pe la.....aku trima sume dugaan nih.....aku selalu ingt.....setiap manusia yg mendapat dugaan yg maha hebat nih di sayangi Allah....Allah nk kte beringat setiap mse....

okehla.....nnti aku citer lg ye....hehehe...tak de idea nk taip kat blog nih....dah banyak sgt citer yg nk dikongsikan.....tapi sume tak terkeluar......