Followers

My Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, November 15, 2010

Goda Suami Agar Kembali Mencintai



Rasanya tidak sah jika kehidupan berumahtangga yang dilalui tidak ditimpa badai atau gelora. Meskipun cuba untuk dielakkan, masalah pasti datang jua untuk menguji kesetiaan serta cinta yang terjalin.


Tidak dinafikan dugaan yang melanda sedikit sebanyak mampu mengurangkan rasa cinta yang bersemi di hati. Bagi kaum lelaki ini mungkin merupakan peluang untuk mereka mencari yang lain.


Jangan biarkan perkara tersebut berlaku dan sebagai wanita anda perlu bijak untuk menarik perhatian suami agar mereka selalu merasakan bahawa anda merupakan wanita terbaik serta serasi buat mereka.


Di sini dinyatakan beberapa kaedah yang boleh diaplikasikan oleh mereka yang bergelar isteri agar suami yang dicintai tidak mencari 'makan'
diluar.


1. Berani mencuba
Hal ini selalu dikaitkan dengan hubungan seksual. Tidak dinafikan wanita sedikit pemalu untuk memulakan hubungan seksual walaupun bersama suami masing-masing. Kebiasaannya suami yang akan mendominasi dan wanita hanya akan menyerah sahaja.
Untuk mendapatkan kelainan apa kata sekali-sekala anda yang memulakannya dahulu. Berikan layanan terbaik serta kejutan kepada suami. Dengan layanan yang hangat serta lain daripada kebiasaan, sudah pasti suami anda tidak mampu untuk melupakan detik indah tersebut.
Sebaiknya sebagai isteri anda tidak perlu ada perasaan malu kerana anda halal di sisi suami anda.


2. Bijak menghias diri
Terdapat segelintir wanita yang hanya bijak menghias diri apabila mahu keluar bekerja atau menghadiri majlis-majlis tertentu. Sebaliknya jika di rumah bersama suami, penampilan diri selalu diabaikan.
Lebih teruk apabila suami pulang dari tempat kerja, isterinya masih belum mandi dan selesa dengan pakaian tidur yang belum berganti. Keadaan ini pastinya akan menimbulkan rasa tidak selesa suami.
Jalan terbaik, anda harus menjaga penampilan tidak kira di dalam atau di luar rumah. Anda harus ingat, semua lelaki lebih mudah tertarik dengan wanita yang bijak menghias diri dan penampilan. Jangan sampai suami anda jatuh hati dengan wanita di pejabatnya gara-gara penampilan buruk anda.


3. Kemas bilik tidur
Untuk menambat hati suami, pastikan bilik tidur anda sentiasa kemas, bersih dan berbau wangi. Ini kerana sebagai pasangan suami isteri, bilik tidur adalah tempat paling romantis dan privasi untuk anda berdua.
Di bilik tidur semua perkara boleh dibincangkan oleh pasangan dan bilik tidur yang selesa pastinya akan mendamaikan suami. Jadi apabila berdua-duaan bersama suami di bilik tidur, jalankan peranan anda dan rangsang suami agar terus jatuh cinta kepada anda.
Dengan rangsangan yang anda beri serta persekitaran yang bersih, suami anda pastinya tidak mampu untuk meninggalkan anda.


4. Bersikap aktif dan agresif
Ramai wanita yang tidak sedar bahawa golongan lelaki sebenarnya lebih suka kepada wanita yang berdikari, aktif dan agresif. Lelaki paling tidak suka dengan wanita yang pendiam dan hanya akan bersuara apabila ditanya.
Oleh sebab itu wanita perlu banyak membaca dan mengetahui banyak isu-isu semasa agar anda boleh berkomunikasi dengan suami anda dengan lebih baik.
Suami pastinya akan berasa bangga jika mempunyai isteri yang mampu memberikan pandangan serta pendapat tentang apa sahaja isu. Bukan seperti kebanyakan wanita yang lebih suka bergosip daripada membaca bahan bacaan yang banyak memberikan faedah.


5. Sentiasa sopan
Jangan sekali-kali menunjukkan sikap kasar kepada suami. Ini kerana ego seorang suami sangat tinggi dan mereka sentiasa mahu dihormati oleh seorang yang bergelar isteri.
Kalau boleh penuhi segala kehendaknya selagi ianya tidak bertentangan dengan ajaran agama. Sikap anda yang sentiasa bersoapan santun dan memenuhi keinginannya sudah pasti akan mengikat hatinya daripada beralih cinta kepada wanita lain.
Secara psikologinya, sikap anda itu juga secara tidak langsung mampu untuk mempengaruhi suami untuk kembali bercinta dengan anda.


6. Jangan menipu dan selalu bersikap terbuka

Tiada mana-mana lelaki yang suka ditipu oleh isteri masing-masing. Oleh sebab itu anda perlu bersikap terbuka dan jujur dalam menjalinkan hubungan sebagai pasangan suami isteri.
Sebagai isteri, jika anda tidak suka dengan perkara yang dilakukan oleh suami, jangan sekali-kali mendiamkan diri. Ini kerana itu tandanya anda bersetuju dengan tindakannya.
Sebaliknya cakaplah berterus-terang dan nyatakan rasionalnya mengapa anda tidak suka dia melakukannya. Sikap anda yang jujur, telus dan sentiasa memberikan teguran membina kepadanya akan menguatkan lagi cinta suami anda kepada anda.


7. Beri pujian
Tidak kira lelaki atau wanita, masing-masing akan berasa suka apabila menerima pujian. Oleh itu sebagai isteri, anda perlu selalu memuji suami agar dia berasa bangga dan dihargai.
Tapi awas, jangan sekali-kali memberikan pujian palsu kerana ia hanya akan memudaratkan perhubungan yang terjalin. Sebaliknya nyatakan kelemahannya dengan cara yang paling sopan dan berikan kata-kata semangat bahawa setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.


Semua ini akan membuatkan suami anda tampil lebih baik pada masa yang akan datang dan cintanya kepada anda juga akan kembali mekar mewangi.


Renung2kan.....dan selamat beramal..... :-P

WeEkEnD aT BrOgA hIlL

Selamat pagi sume.....hye!!!
Pagi nih sje je nk update ckit blog nih.....kang lme plak tak update jd bersawang plak kang....
heheheeh....
Okeh, berbalik pada tajuk kat atas tu....semalam, aku mendaki bukit ngn my love n my fwens also....
dah lme tak buat aktiviti cmni...
menarik!!aku memng suke aktiviti2 mencabar cmni...
so, kat bwh ni aku msukkan ckit gmbr ktorg kat sne ye....


Kami yg pergi sume dlm 6 org...2 org drpd yg pergi nih dah bnyk kali daki bukit nih...
kami yg tak penah pergi nih memng mencbr laa....
hahahaha....smpai lnguh2 kaki aku nih.....
aku nk msukkan lg gmbr yg berkaitan.....



Ktorg turun bwh balik dlm kul 8.30 pg dah gerak turun...huhuhu...
Gayat seyh......aku takut giler time nk turun....
Cyan my love coz kne sengat ngn lebah....
tak reti dok diam....
ade plak g tepuknye lebah kat tengkok tu...apa lg...kne sengat laa...
nseb bek tak la teruk sgt....
smpai je kat bwh, kami singgah jap minum air kelapa 100 plus...
pandai tol cina tu amik untung....MAHAL kot dorg jual...
tapi tak pe la....aku dah tak larat sgt....
mcm nk kejang je kaki nih....hehehe
degil tak wat regangan dlu sblm naek....hahahaah...
Then, ktorg rancang g mandi sungai terus....
Afiq yg lead....so die ajak ktorg g Batang Si...eh!tol ke tak ler ejaan die...ghehee
cantek tmpt nih...tak kotor cm kat sg tekala....
best la...air dalam ckit....
nk berendam tu memng syok abis ler....
berendam tak hingat dunia....smpai kecut....hahahah...
apa2 pon memng terbaek la smlm.....
huhuhu......korg g la bukit Broga tu....
memng best....hehehe

Monday, November 8, 2010

Berdebar2 plak...

Ermmm....tinggal sehari je lagi aku nk prepare tuk micro teaching hr rabu nih.....adeyhh!!!......berdebar2 plak aku....
Kebetulan plak hr nih aku sakit tekak la....mcm nk selsema pon ade nih....
Waaaa......tak selesenye......cmne nk present nnti????
Harap2 sgt aku sehat time nk present......kne g Melaka plak.....wadusss....
Smbil2 g present, smbil2 berjalan Melaka la aku nnti....hahahaahah...
Bila lg nk berjalan2kan???huhuhu.....
Aku sgt berharap aku berjaya dlm pemilihan nih......Aminnnn....
Kawan2 tolong doakan skli ye...... :-)
Nanti dah lepas present, aku update lg ye???huhhu.....(perasan je...cm ler ada org nk bce blog aku nih....hahahahaha)

Tuesday, November 2, 2010

Sje2 Update.....

Salam sume....hehehee.....lama tak update citer kan???huhhu......sbnrnye banyak je citer yg nk share kat cni....tapi ntah ler....bile buka je blog,tak tau nk taip ape.....i nih tak kreatif sgt....tu yg jd cmni kot....

By the way, last week i ada interview company swasta.....huhuhu.....i memng tak de hati sgt nk keje swasta sbnrnye.....tu yg last minute study psl company tu....adeyyyhhhh......cmne mau buat daaaa.....hampir sejam gak la dok dlm bilik meeting tu kne interview......mcm2 die gtau psl company.....i tak mengharap pon keje tu.....coz keje i kat putrajaya tu di renew kontrak tuk setahun lagi.....n dalam hati i pon kuat kata nk smbung study lg smbil keje kat putrajaya....so bulan2 still ada duit la nk blaja.....hehehehe....

21 Disember 2010 i kne daftar masuk UKM tuk smbung master plak.....course ekonomi sumber manusia.....kalo dah smbung master nih sbnrnye i target tuk jd lecturer je.....my parents pon ckp cmtu gak.....suh i smbung je master.....skang nih susah benar nk dpt keje....apply MARA pon susah gak nk dpt.....waaaa......sadis tol.....cmne la budak2 yg belum grad tu nk dpt keje kan???

Dah smbung study nnti leh la wat assignment kat opis......kalo keje opis dah siap ler......huhuhuh....almaklum la boss pon bg kebenaran wat kat opis.....cume dng syarat sume keje opis i dah siapkan.....hehehe....tu tak menjadi masalah.....coz i memng sllu siapkan keje awal2.....malas nk tangguh2 kan keje tu....nnti bertambah banyak....i gak yg susah.....tol tak???huuhuhu......

Khamis nih i nk balik umah.....hoyeayyyyyy!!!!!dah 2 bulan i tak balik umah.....windu tau....... :'( ....mummy, i'm back.......wallaaaaa.....

Wednesday, October 27, 2010

Tanda-Tanda Hati Keras


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan. Ia juga adalah tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil serta ketenangan dan kebimbangan.

Hati merupakan sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati.

Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".

Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:

1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikanTerutamanya malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunat.Allah telah menyifatkan kaum munafik dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-QuranKetika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali. Mereka juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya.Sedangkan Allah S.W.T memberikan peringatan, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman-Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhiratSegala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego, individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4. Kurang mengagungkan AllahSehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah diperlekehkan orang lain, tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

Renung-renungkan dan Selamat beramal….

Tuesday, October 19, 2010

photo edit







Semalam keje aku dok edit gambar je....

then aku tolong yumi (Quyyum) wat card besday...

hehehe....syok sbnrnye edit gambar nih....

keje ada je...tapi malas nk wat lg....

huwaaaaa............

Friday, October 15, 2010

GALAKAN BERUSAHA, JANGAN MALAS!

133- Dari Abu Hurairah, r.a., katanya: Rasulullah s.a.w., bersabda: "Orang mukmin yang kuat lebih baik kepada Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedang tiap-tiap seorang ada kebaikannya (imannya); oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperolehi apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan jika sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata: "Kalau aku lakukan anu anu, tentulah akan terjadi anu anu", tetapi katalah: "Allah telah taqdirkan dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan', kerana perkataan "kalau" itu membuka jalan kepada hasutan syaitan. "


(Muslim)


Hadis ini menerangkan bahawa:

(1) Orang-orang mukmin masing-masing ada kebaikannya iaitu imannya, tetapi setengahnya ada yang kuat semangat keagamaannya, tinggi himahnya, luas dan jauh pemandangannya, tabah dan cekal hatinya, serta kuat berusaha untuk kebaikan agamanya, dirinya, umatnya dan tanah airnya; manakala setengahnya yang lain adalah sebaliknya.

Orang mukmin yang bersifat dengan sifat-sifat yang terpuji itu lebih baik dan lebih dikasihi oleh Allah.

(2) Tiap-tiap seorang mukmin hendaklah bersungguh-sungguh berusaha memperolehi perkara-perkara yang mendatangkan manfaat sambil meminta pertolongan kepada Allah Taala supaya dengan ihsan-Nya memberi taufik dan menjayakannya, kerana manusia, walau bagaimana bijak dan kuat, berhajat kepada pertolongan dan pimpinan Tuhan.

(3) Tiap-tiap seorang mukmin tidaklah patut bersikap segan dan malas bekerja dan hanya berangan-angan bahawa Tuhan akan menyampaikan maksudnya dengan alasan: Tuhan amat berkuasa, pada hal Tuhan telah tentukan bahawa sesuatu yang boleh diusahakan oleh manusia tidak akan berhasil melainkan setelah diusahakan sebab atau jalan untuk mencapainya.

(4) Setelah seseorang itu bersungguh-sungguh mencari jalan untuk mencapai maksudnya, serta berusaha dengan sedaya upayanya menurut jalan yang diketahuinya, tiba-tiba perkara yang diusahakan itu tidak juga berhasil, maka pada saat yang demikian, tidak ada jalan baginya untuk menghadapi qadha taqdir yang berlaku itu, melainkan menghadapinya dengan perasaan tenang tenteram serta berkata sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah s.a.w., dalam hadis yang tersebut, yang maksudnya: "Perkara ini telah ditaqdirkan Tuhan dan apa yang telah ditentukan oleh kehendak kebijaksanaan-Nya tetap berlaku," sambil ia berusaha lagi mencari jalan untuk menjayakan maksudnya.

(5) Perkataan "kalau" jangan disebut oleh seseorang yang telah gagal daripada mencapai maksudnya atau mengalami kerugian, kerana perkataan "kalau" sebagaimana yang diterangkan oleh Rasulullah s.a.w., akan membuka jalan kepada hasutan syaitan, yakni akan menjadikan orang itu resah gelisah, duka nestapa dan tidak redha kepada qadha taqdir Tuhan Yang Maha Bijaksana.