Followers

My Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 27, 2010

Tanda-Tanda Hati Keras


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan. Ia juga adalah tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil serta ketenangan dan kebimbangan.

Hati merupakan sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati.

Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".

Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:

1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikanTerutamanya malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunat.Allah telah menyifatkan kaum munafik dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-QuranKetika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali. Mereka juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya.Sedangkan Allah S.W.T memberikan peringatan, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman-Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhiratSegala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego, individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4. Kurang mengagungkan AllahSehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah diperlekehkan orang lain, tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

Renung-renungkan dan Selamat beramal….

Tuesday, October 19, 2010

photo edit







Semalam keje aku dok edit gambar je....

then aku tolong yumi (Quyyum) wat card besday...

hehehe....syok sbnrnye edit gambar nih....

keje ada je...tapi malas nk wat lg....

huwaaaaa............

Friday, October 15, 2010

GALAKAN BERUSAHA, JANGAN MALAS!

133- Dari Abu Hurairah, r.a., katanya: Rasulullah s.a.w., bersabda: "Orang mukmin yang kuat lebih baik kepada Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedang tiap-tiap seorang ada kebaikannya (imannya); oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperolehi apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan jika sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata: "Kalau aku lakukan anu anu, tentulah akan terjadi anu anu", tetapi katalah: "Allah telah taqdirkan dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan', kerana perkataan "kalau" itu membuka jalan kepada hasutan syaitan. "


(Muslim)


Hadis ini menerangkan bahawa:

(1) Orang-orang mukmin masing-masing ada kebaikannya iaitu imannya, tetapi setengahnya ada yang kuat semangat keagamaannya, tinggi himahnya, luas dan jauh pemandangannya, tabah dan cekal hatinya, serta kuat berusaha untuk kebaikan agamanya, dirinya, umatnya dan tanah airnya; manakala setengahnya yang lain adalah sebaliknya.

Orang mukmin yang bersifat dengan sifat-sifat yang terpuji itu lebih baik dan lebih dikasihi oleh Allah.

(2) Tiap-tiap seorang mukmin hendaklah bersungguh-sungguh berusaha memperolehi perkara-perkara yang mendatangkan manfaat sambil meminta pertolongan kepada Allah Taala supaya dengan ihsan-Nya memberi taufik dan menjayakannya, kerana manusia, walau bagaimana bijak dan kuat, berhajat kepada pertolongan dan pimpinan Tuhan.

(3) Tiap-tiap seorang mukmin tidaklah patut bersikap segan dan malas bekerja dan hanya berangan-angan bahawa Tuhan akan menyampaikan maksudnya dengan alasan: Tuhan amat berkuasa, pada hal Tuhan telah tentukan bahawa sesuatu yang boleh diusahakan oleh manusia tidak akan berhasil melainkan setelah diusahakan sebab atau jalan untuk mencapainya.

(4) Setelah seseorang itu bersungguh-sungguh mencari jalan untuk mencapai maksudnya, serta berusaha dengan sedaya upayanya menurut jalan yang diketahuinya, tiba-tiba perkara yang diusahakan itu tidak juga berhasil, maka pada saat yang demikian, tidak ada jalan baginya untuk menghadapi qadha taqdir yang berlaku itu, melainkan menghadapinya dengan perasaan tenang tenteram serta berkata sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah s.a.w., dalam hadis yang tersebut, yang maksudnya: "Perkara ini telah ditaqdirkan Tuhan dan apa yang telah ditentukan oleh kehendak kebijaksanaan-Nya tetap berlaku," sambil ia berusaha lagi mencari jalan untuk menjayakan maksudnya.

(5) Perkataan "kalau" jangan disebut oleh seseorang yang telah gagal daripada mencapai maksudnya atau mengalami kerugian, kerana perkataan "kalau" sebagaimana yang diterangkan oleh Rasulullah s.a.w., akan membuka jalan kepada hasutan syaitan, yakni akan menjadikan orang itu resah gelisah, duka nestapa dan tidak redha kepada qadha taqdir Tuhan Yang Maha Bijaksana.

Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk sume ummat Islam...


Dikesempatan ini saya ingin memohon ampun andai ada terkasar bahasa, terguris hati & perasaan, termengumpat n segala ter2, hope korunk dpt maafkan diri ini....
Segala yang berlaku pada masa silam mungkin ada hikmah disebaliknya....

Dugaan & cabaran buat kita semua sebagai hamba Allah yang lemah...
Halalkan semua yang korunk dah bagi n saya pon halalkan apa yang saya dah bagi kat korunk semua.....
Akhir kata tuk post kali ni.......


-sElAmAt HaRi RaYa AiDiLfItRi-


-MaAf ZaHiR & bAtIn-

p/s: jemput la dtg rumah raya nih...saya raya di Tronoh je....hehehe

Monday, August 30, 2010

BuLaN yG fReE jE....hEhEhE

aduhhh.....selalu bulan pose keje tak banyak sgt pon.....mklumla bulan pose....pose kali nih len sikit....coz aku dah duk umah sewa ngn kengkawan.....selalu sahur kitorg mkn ramai2....4org je pon heheeh....aku,fara,ona n rok.....ona la chef kat umah kitorg nih....hehehe.....walaupon simple jek msk tuk sahur nih....tp best la gak....thn lepas aku sorg2 je sahur kat bilik sewa aku tuh....bosan sorg jek....n kali ni gak bnyk jemputan tuk buka pose kat luar.....so jimat ler ckit thn nih....n lg satu, duit aku bnyk gune time balik tlg mk aku jg adik aku kat hospital....tak pe la nk wat cmne....bende dah nk jd.....so raya kali nih bersederhana je....tak dpt nk bg duit raya kat adik2 sepupu nih...thn lepas leh la nk bg gak....thn nih tak dpt bg.....sorry ler ek.....tak tau la kali nih dpt raya kat kampung ke tak....kalo adik aku dah kua wad leh la nk balik kampung....huuuuu....1st time raya kat umah sendiri time raya aidilfitri........nk raya kat kampung gak.......cuti plak aku amik smpai 16/09/2010.....ingt nk smbung cuti hr jumaat tu....tapi aku kesian plak kat student aku yg nk amik UPSR start 21/09/2010......kalo dorg nk aku watkan kelas tuisyen tuk dorg, so terpakse la aku balik cni awal ckit.....kalo leh aku nk la student aku dpt skor MATH & SCIENCE....sebelum nih adala peningkatan kat budak2 nih....hope UPSR dorg nih lg gempak result dorg.....aku dah janji ngn dorg kalo UPSR nih dpt A bg MATH & SCIENCE, aku bg hadiah kat dorg....wat tambah semangat tuk berusaha lbeyh ckit....sonok tau kalo student kte dpt result bagus.....ermmmm.....k la....nnti kalo ada berita yg aku nk share kat cni, aku update lg blog aku nih.......Wassalam

Monday, August 23, 2010

SyUkUr...

Salam Ramadhan sume....emmm...hr nih hr ke 13 umat Islam berpuasa.....so dah nk dekat setengah bulan berpuasa....n dah 8 hari angah duk kat hospital ipoh.....15 Ogos 2010...jam 10.15p.m lbeh kurang la...angah xcdent....langgar ngn kete kembara depan petronas sri iskandar...rusuk die terkena cucuk ngn besi side mirror moto RXZ die....teruk gak smpai masuk ICU kat hospital Raja Permaisuri Bainun...5 hari die duk dalam ICU tu....skang dah masuk wad biasa....gigi die patah....banyak gak...cmne la nnti bile die dah sembuh....kesian kat die....skang nih keadaan badan die tak berapa bagus...selalu demam....tapi yang paling menggembirakan mk abah, die dah leh mkn...walaupon mkn seketul je roti tapi dah cukup mengenyangkan la...tghari plak mk bwk bubur nasi bg die mkn...Alhamdulillah separuh bubur nasi tu die mkn....nmpk semakin nk sehat....cume kne bnykkan berborak ngn die je....bg die ingat balik sume....hr sabtu hr tu aku ngn sue n puteri jaga die....kami bergilir2 jaga....puteri tido, aku ngn sue jaga plak....die menggelisah je...lg pon memng die ngh demam tu....cyan tengok....

aku rse mungkin raye kali nih kne raya kat umah je kot....adek aku pon tak pulih sepenuhnye lg nih....raye dah tinggal lg 2 minggu je....tak pe la...raye kat umah pon okeh gak kan....mesti ramai sedara yg dtg.....jemput2 la dtg umah yer raye nih.....

Wednesday, August 11, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah…Dengan rahmat
Mu oh Tuhanku…Ku tempuh jua
_____________________________________________________________________
"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu puasa seperti mana diwajibkan ke atas mereka sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa." Al-Baqarah 183
Wahai sahabat-sahabatku, terdapat tiga kategori manusia yang terhasil daripada Madrasah Ramadhan1- seseorang yang bertambah imannya, amalnya berbanding yang sebelumnya2- seseorang yang sama imannya, amalnya berbanding yang sebelumnya3- seseorang yang berkurang imannya, amalnya berbanding yang sebelumnya
Agak-agaknya kita akan dimasukkan ke dalam kategori mana? Alangkah berbahagianya andai kita termasuk di dalam kategori pertama. Marilah kita koreksi diri, muhasabah setiap amalan kita supaya ianya membantu mempertingkatkan ibadah pada bulan Ramadhan yang bakal kita lalui nanti. Jadikan Ramadhan kali ini sebagai wadah untuk kita tingkatkan amalan agar ia akan menjadi Ramadhan yang terbaik pernah kita lalui, insyaAllah.Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak.

Maaf atas apa jua salah dan silap saya.

Wassalam