Followers

My Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, February 25, 2010

aku bosan--------


Bosannye aku hari nih....tak de keje nk dibuat......ada tak bende lain yang aku leh wat ek???any suggestion????emmm......dah lama aku rasa hidup aku nih kosong je.....aku tak tau la sbb apa aku rasa cmtu....anyway,aku dah malas dah nk pikir sbb apa.....huhuhuhu....leh tak aku nk wat tak tau jek????heheheh.....apa punye sengal daa aku nih kan??


Weekend nih aku ingt nk g umah mmbr aku kat tangkak tu.....TAPIIIII...............fulus tak dok plok.....adeyhhh la....jwbnye aku hanya leh g umah akak sedara aku kat nilai je la jwbnye.....hehehehe...leh jumpe anak die HUWAIDA kot nmenye...aku dah lupe plak....mklum la lama tak g umah die....heheheh...time baby tu baru lahir je aku g tengok.....mau g ke sana bersama cik non.....kazen aku yg dok kat UIA tu.....lalalalal


Sok pagi2 lagi aku dah kne kua umah tuk datang opis coz jabatan aku keje nih terlibat ngan perarakan maulidurrasul.....malas tol aku nk bangun awal.....huuuuuuu......nk tido je....lalalalala.....tapi disebabkan aku dah dapat baju kurung free jabatan bg tuk perarakan maulidurrasul nih,so terpaksa la aku kne rajinkan diri aku nih.....heheheeh...tak bek kan malas nk keje....org dah bayar gaji kte plak malas nk wat keje....tak patut......tak patut........


Emmmm......apa aku nk citer lagi ek kat blog nih????weekend dah tak leh nk updatekan blog dah....mklum la kat umah aku tu tak de internet....hehehehe...malas nk update blog kat cc semata-mata.....huhuhuhu....okeh la....bertemu di lain topik ek.......huuhuhuh.....ADIOSSSS!!!!!!

~uNtUkMu WaNiTa~


Buat teman-teman yang diingati..

Jangan dicinta kerana dia lelaki

Kelak kita akan membenci

Jika dia bukan lelaki yang dicari

Hanya pandai menabur janji...


Jangan di rindu pada paras rupa

Kelak kita akan terseksa

Jika dia tidak sebaik rupanya

Senyumnya manis tipu belaka...


Jangan disayang kerana berharta

Kelak kita hidup menderita

Jika hartanya habis dibelanja

Sukar hidup, miskin dan papa...


Jangan dikasih kerana dipuji

Kelak kita menagih janji

Jika rupa berkedut dimamah hari

Hilang sudah puji memuji....


Jangan dicari seorang kekasih

Kelak kita akan disisih

Jika kasih luntur bersih

Menangislah diri hidup bersedih...


Jangan disambut salam rindu

Kelak kita menahan sendu

Jika rindu tak dapat disatu

Dimanakah kita akan mengadu...


Jangan dilayan seorang teman

Kelak hidup menjadi ancaman

Jika teman tidak beriman

Dibakar api hari kemudian...


Wahai sahabat wahai teman

Carilah dia kerana tuhan

Untuk menambah ceteknya iman

Bekalan diri hidup berteman...


Wahai sahabat wahai teman

Cintalah dia kerana beriman

Dijadikan tuhan sebagai pasangan

Baik buruk ketentuan tuhan...


Wahai sahabat wahai teman

Terimalah dia penuh keikhlasan

Andai buruk angaplah dugaan

Andai baik pujilah tuhan...


Wahai sahabat wahai teman

Ingatlah akan janji tuhan

Isteri yang baik besar balasan

Suami penyabar itulah kemenagan...


" jaDIlAh HaMbA yAnG sENtIaSa MeNdAmBAkAn kAsIh DaRi yAnG MaHa EsA "

Thursday, February 18, 2010

...sembang-sembang cuti...

15 februari hr tu aku n family aku g bercuti kat cameron....
cameron tmpt yg sejuk tu pon dah jd cm kat bwh je...panas!!!!
dah tak sejuk sgt pon....setakat angin je yg bg rse sejuk ckit...
kebetulan time tu aku bru gak la dpt kete...hehe
so g cameron ngn kete baru aku tu la...(WTM 7971) my 1st bf...lalala
smart tak my bf tuh???huhhu.....love u WTM.....
hehehehehe......
best gak la time bercuti ngn family hr tuh....
walaupon jap je jalan2 kat cameron tu....dpt mkn ais krim strawberi...
nyum....nyum....
ni aku sertakan ckit gmbr2 aku bercuti ngn family....



Tuesday, January 5, 2010

::eMMmmm::

Lirik Lagu Ressa Herlambang - Menyesal

Semula Ku Tak Yakin
Kau Lakukan Ini Padaku
Meski Dihati Merasa
Kau Berubah Saat Kau Mengenal Dia

Reff:*


Bila Cinta Tak Lagi Untukku
Bila Hati Tak Lagi Padaku
Mengapa Harus Dia Yang Merebut Dirimu

**


Bila Aku Tak Baik Untukmu
Dan Bila Dia Bahagia Dirimu
Aku Kan Pergi Meski Hati Tak Akan Rela

Terkadang Ku Menyesal
Mengapa Ku Kenalkan Dia Padamu

Back To Reff:* Dan **

Back To Reff:* Dan **

Terkadang Ku Menyesal
Mengapa Ku Kenalkan Dia Padamu

powered by lirik lagu indonesia

::aKu PeRgI::

Nemo - Aku Pergi

siapa bilang aku
tak bisa terluka
aku juga manusia
pasti bisa menangis
tahukah dirimu
kau sakiti aku
namun kau tak peduli
apalah diriku

ingin hati tuk pergi
meninggalkan kamu
tapi ku punya cinta
yang selalu untukmu
tapi kini berbeda
semua tak berati
kita tak seperti dulu
tuk apa ku disini

tak sanggup lagi
aku disini
sudah lah aku pergi
tak bisa lagi
aku disini
sudah lah aku pergi

Lyric sent by : Paulina

powered by lirik lagu indonesia

Thursday, December 24, 2009

Untuk Renungan Semua

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.
Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang mesej ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain. Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa ' at kepada manusia lain...

Monday, December 21, 2009

LeLaKi Vs PeReMpUaN


LELAKI Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN? Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN?? Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu.. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut.. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..) Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan.. Begitulah kira-kiranya.
WANITA : Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya .. Bukankah ibu adalah seorang wanita ? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..
"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103) Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri " Hikmah sujud - Sujud lega sistem pernafasan Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh: - membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.. - membetulkan pundi peranakan yang jatuh. - melegakan sakit hernia. (burut) - mengurangkan sakit senggugut ketika haid. - melegakan paru-paru daripada ketegangan. - mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. - kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh. - meringankan bahagian pelvis. - memberi dorongan supaya mudah tidur. - menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. - pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik. - organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen. - mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. D ari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.
Tujuh kalimat Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa .